Skip to main content

Berita: KEKEMASAN DAN PEMBERSIHAN KEMUDAHAN AWAM BANDARAYA KOTA KINABALU

  • -

    04 FEBRUARI 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Landskap telah melaksanakan kerja-kerja kekemasan landskap dan pembersihan sekitar pusat bandar, khususnya di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan awam, pada 29 Januari 2026.

    Antara kawasan yang terlibat ialah laluan pejalan kaki Sutera Harbour - Imago Shopping Mall, laluan pejalan kaki berhampiran Hotel Le Meridien, Taman Awam City Park, Dataran Bandaraya, Lintasan Deasoka dan Segama Waterfront.

    Selain daripada kerja-kerja penyelenggaraan tanaman hiasan bandar raya, usaha pembaikan dan pembersihan, kemudahan awam turut diberi penekanan serta dilaksanakan secara berterusan. Langkah ini bertujuan untuk memastikan keindahan Bandaraya Kota Kinabalu sentiasa terpelihara selain menjamin keselesaan pengunjung dan warga bandar raya.

    Orang ramai dinasihatkan untuk menjaga dan tidak melakukan perbuatan vandalisme ke atas kemudahan awam yang disediakan. Bersama-sama kita memelihara kesejahteraan bandar raya agar keindahan dan kelestarian Kota Kinabalu sentiasa terpelihara.

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Landskap, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK