Berita: ANZAC DAY COMMEMORATION 'LEST WE FORGET'
29 APRIL 2026: Pada 24 April 2026, ANZAC Day Commemoration “Lest We Forget” berlangsung dalam suasana yang penuh makna di Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama bagi mengenang jasa serta pengorbanan para wira yang telah mempertahankan kedaulatan tanah air.
Penganjuran upacara tahunan ini bertujuan untuk memperingati pengorbanan rakyat Sabah bersama gabungan bekas perajurit Australia dan New Zealand Army Corps (ANZAC) yang telah gugur dalam Perang Dunia Kedua.
Upacara dimulakan dengan tabik hormat, diikuti dengan tiupan ‘Last Post’ sebagai simbol penghormatan kepada mereka yang telah gugur dalam Perang Dunia Kedua.
Upacara Peletakan Kalungan Bunga telah didahului oleh YB Datuk Ceasar Mandela Malakun, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri mewakili YAB Ketua Menteri Sabah. Seterusnya, upacara diteruskan oleh Mr. Simon Fellows, Deputy High Commissioner of Australia to Malaysia; YBhg. Patrick Laing Ngau, Penolong Setiausaha mewakili Setiausaha Persekutuan Sabah; YBhg. Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah, DBKK dan Leftenan Kolonel Alphonsus Radsung @ Benedict, Pegawai Memerintah Rejimen Ke-35 Artileri Diraja mewakili Panglima 5 Divisyen.
Turut meletakkan kalungan bunga ialah Yang Dihormati ACP Cyril Edward Nuing @ Hillary, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Ibu Pejabat Kontinjen Sabah mewakili Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sabah; Leftenan Komander Maritim Haw Vui Fung, Pegawai Jurutera Marim KM ARAU mewakili Laksamana Pertama Maritim dan Major General Ash Collingburn, Commander 1st Australian Division.
Upacara diakhiri dengan tiupan ‘Rouse’.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini, termasuk 13 peserta kontinjen perbarisan statik yang terdiri daripada Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
Semoga semangat pengorbanan dan keberanian wira tanah air terus tersemat dalam jiwa kita, demi memastikan keamanan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.
Liputan: Eleanor Michelle Patrick
Foto: Renaldo Fernandez#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



