Skip to main content

Berita: DBKK TERIMA LAWATAN PENANDAARASAN JABATAN PELESENAN, MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

  • -

    04 MEI 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menerima lawatan penandaarasan daripada Jabatan Pelesenan, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pada 27 April 2026.

    Lawatan ini dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), DBKK, manakala delegasi MBJB diketuai oleh Puan Nur Afiqah binti Mohd. Rashid.

    Tujuan utama lawatan adalah untuk berkongsi pengalaman dan amalan dalam pengurusan pelesenan, khususnya berkaitan premis makanan, lesen hiburan, lesen lojing dan hotel serta pengurusan iklan luar. Taklimat telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Pelesenan DBKK, Encik LAr. Rozie Khan Halik.

    Selain itu, perbincangan turut memberi fokus kepada aspek kebersihan, operasi dan komitmen peniaga di premis makanan sekitar Kota Kinabalu. Lawatan diakhiri dengan sesi interaktif dan soal jawab yang menggalakkan pertukaran idea dan penyelesaian terhadap cabaran semasa.

    Secara keseluruhan, lawatan ini diharap dapat memperkukuh tadbir urus kedua-dua pihak dalam pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

    Terima kasih Majlis Bandaraya Johor Bahru!

    Liputan: Eleanor Michelle Patrick
    Foto: Renaldo Fernandez

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK