Berita: MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT BANDARAYA KOTA KINABALU 2026
14 MEI 2026: Majlis Perasmian Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu 2026 telah berlangsung dalam suasana yang warna warni dan harmoni, seiring usaha menyemarakkan semangat perpaduan dan memartabakan warisan budaya, bertempat di The Oval, IMAGO Shopping Mall, pada 10 Mei 2026.
Upacara Perasmian Paluan Gong telah disempurnakan oleh YB Datuk Joniston Bangkuai, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Bertanggungjawab Kepada DBKK mewakili Ketua Menteri Sabah. Sebagai simbolik perasmian, beliau telah membuat paluan gong sebanyak tujuh (7) kali sebelum diteruskan dengan acara Mongomot Parai atau menuai padi.
Hadir sama ialah YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap Ahli Parlimen P.172 Kota Kinabalu dan YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu selaku Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu 2026 bersama isteri, YBhg. Datin Sri Hajah Adreen Aderizza binti Mohd Soffi; YBhg. Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah, DBKK; barisan Pengurusan Tertinggi, DBKK serta Mr Micheal Mah, Director Asian Pac Holdings Berhad selaku rakan strategik Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu 2026.
Majlis kemudian diteruskan dengan Upacara Magavau daripada Tungkus Sandad, Pertubuhan Bobolian Sabah diikuti dengan penampilan 15 Finalis Unduk Ngadau Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu 2026. Berikut adalah keputusan penuh pertandingan:
UNDUK NGADAU KAAMATAN BANDARAYA KOTA KINABALU:
Liane Melve Grace LiasUNDUK NGADAU KDCA TANJUNG ARU:
Joyce Nia DavidUNDUK NGADAU KDCA BANDARAYA:
Felecity Chen Sing YeeTEMPAT KE-4:
Sharlene Adelaide AlexandraTEMPAT KE-5:
Nicole Lynn MauriceTEMPAT KE-6:
Jacqueency Jwen JohnTEMPAT KE-7:
Divya Flavia ChaiSAGUHATI:
Salistah Samuel
Dovindra Ashley Alvin
Adylee Arisen
Jean Christzabeth Yusevender
Grace Jorest Josip
Lovyssa Lorand
Avril Frances Nelver
Elisa Olanda JainisTahniah diucapkan kepada semua peserta Unduk Ngadau Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu 2026. Ayuh, kita berikan sokongan kepada wakil Unduk Ngadau Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu, Unduk Ngadau KDCA Tanjung Aru dan Unduk Ngadau KDCA Bandaraya yang akan bertanding ke Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri, di Dewan Hongkod Koisaan, KDCA!
“Kaamatan: Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian”
Liputan: Eleanor Michelle Patrick
Foto: Renaldo Fernandez#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintaDanLestariDikeluarkan Oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



