Berita: DBKK TERIMA LAWATAN PENANDAARASAN MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM
10 JULAI 2026: Dalam usaha memperkukuhkan jalinan sinergi antara pihak berkuasa tempatan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menerima lawatan penandaarasan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), bertempat di Dewan Mesyuarat, Bangunan DBKK, pada 3 Julai 2026.
Lawatan ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah, DBKK. Turut hadir ialah Ketua-ketua Jabatan serta pegawai-pegawai kanan, DBKK.
Manakala, rombongan MBSA telah diketuai oleh Puan Safriah binti Md. Adzhar, Timbalan Datuk Bandar, MBSA yang hadir bersama ketua dan pegawai daripada pelbagai jabatan, MBSA.
Lawatan penandaarasan ini bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik dan inovasi bagi meningkatkan kecekapan organisasi, di samping meninjau penyampaian perkhidmatan di kaunter utamaDBKK dengan memberikan tumpuan kepada aspek inovasi dan penambahbaikan perkhidmatan.
Antara pengisian utama program ialah pembentangan bertajuk “Inovasi DBKK: Memperkasa Bandar Pintar, Lestari dan Berdaya Huni” yang disampaikan oleh Puan Hajah Fauziahton binti Ag. Samad, Pengarah Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, DBKK.
Acara diteruskan dengan sesi interaktif dan soal jawab yang memberi ruang kepada pihak DBKK dan MBSA untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta membincangkan pendekatan terbaik dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan dan budaya inovasi kepada masyarakat.
Semoga pertemuan ini menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama yang lebih erat di antara DBKK dan MBSA, selain membuka lebih banyak ruang untuk perkongsian ilmu dan amalan terbaik.
Terima kasih Majlis Bandaraya Shah Alam.
Liputan: Eleanor Michelle Patrick
Foto: Renaldo Fernandez#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



