Berita: DBKK RAIH TEMPAT PERTAMA BAGI ANUGERAH PASAR MALAM BERSIH TAHUN 2026 & ANUGERAH PENINGKATAN TRANSAKSI TANPA TUNAI TERTINGGI
15 SEPTEMBER 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berjaya meraih tempat pertama bagi Anugerah Kempen Pasar Malam Bersih Tahun 2026 bagi Pasar Malam Api Api Night Food Market @ Gaya Street dan Anugerah Peningkatan Transaksi Tanpa Tunai Tertinggi bersempena dengan Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan dan Sambutan Hari Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), di Bertam Resort, Pulau Pinang pada 13 September 2026.
Anugerah ini telah disampaikan oleh YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada YBrs. Tuan Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), DBKK.
Hadir sama ialah Puan Syron A. Tunggolou, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, DBKK; Encik Jaraiman bin Abd. Manap, Ketua Bahagian Lesen Penjaja, Jabatan Pelesenan, DBKK dan beberapa pegawai-pegawai, DBKK.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin DBKK untuk terus mempergiatkan usaha ke arah menjadikan Kota Kinabalu sebuah bandar raya yang bersih, hijau dan berdaya huni.
Sumber Info dan Foto: Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



