Berita: DBKK TERIMA KUNJUNGAN HORMAT JABATAN BANTUAN GUAMAN NEGERI SABAH
05 SEPTEMBER 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sabah, di Bangunan DBKK, pada 04 September 2025.
Hadir menyambut ketibaan rombongan ini adalah YBhg. Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah, DBKK bersama Puan Joanna Johnny Goh, Jabatan Perundangan, DBKK dan Encik Marius Samin, Jabatan Pengurusan Harta, DBKK.
Sementara itu, rombongan Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sabah terdiri daripada Encik Tg. Mohd. Nasir, Penolong Pengarah Kanan (Syariah); Encik Istazz Hardyan bin Eiddros, Penolong Pegawai Undang-Undang dan Encik Mohd Rais bin Jamaris, Pembantu Tadbir.
Menerusi pertemuan ini, DBKK telah diberi penerangan lanjut berkaitan pelaksanaan klinik guaman bergerak, program Justice on Wheels (JoW) Tahun 2025 yang akan berlangsung di Dewan Serbaguna Damai, bermula 8.00 pagi hingga 1.00 petang, pada 13 September 2025.
Inisiatif ini adalah percuma dan bertujuan untuk menyebarluaskan penyampaian perkhidmatan bantuan guaman Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sabah kepada golongan sasar melalui program JoW.
Diharap kunjungan hormat ini dapat membina kerjasama yang lebih erat di antara DBKK dan Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sabah dalam mencapai matlamat bersama.
Orang ramai digalakkan untuk lebih cakna terhadap perkhidmatan bantuan guaman dengan hadir menyokong Program Justice on Wheels (JoW) 2025 pada 13 September 2025 di Dewan Serbaguna Damai. Manfaatkan peluang ini untuk mendapatkan khidmat nasihat guaman percuma yang disediakan.
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariSumber Info dan Foto: Pejabat Ketua Pengarah, DBKK dan Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sabah
Disediakan oleh:
Bahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



