Berita: SIRI LAWATAN KE DUA LOKASI UTAMA PROJEK PEMBANGUNAN
1 Oktober 2025: Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu telah mengadakan lawatan pemeriksaan ke dua lokasi, iaitu Taman Botani Tun Fuad Stephens dan Taman Perdana Park, Hone Place, Tanjung Aru.
Lawatan ini turut diiringi oleh Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah DBKK, Tuan Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), pegawai-pegawai daripada Jabatan Botani, Jabatan Kejuruteraan serta Jabatan Landskap, bersama wakil kontraktor dan perunding yang dilantik.
Taman Botani Tun Fuad Stephens, pemeriksaan memberi tumpuan kepada perkembangan kerja-kerja pembinaan serta memastikan pihak kontraktor dapat menyiapkan projek ini mengikut jadual yang ditetapkan dan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Landskap Negara.
Seterusnya, lawatan ke Taman Perdana Park, meneliti kerja-kerja membaik pulih bagi memastikan ia dilaksanakan dengan lancar dan mencapai standard kualiti yang ditetapkan.
Kedua-dua lawatan ini mencerminkan iltizam Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dalam memastikan setiap projek pembangunan dilaksanakan dengan teratur, berkualiti, dan memberi manfaat kepada warga bandar raya, seiring dengan aspirasi mewujudkan persekitaran yang lebih hijau, lestari, dan berdaya huni.
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDisediakan oleh:
Bella Berhaman
Pegawai PeneranganMohd. Asruddey Rusli
Jurugambar



