Berita: KUNJUNGAN HORMAT AKADEMI PUSAT PEMBELAJARAN BANDARAYA DBKK KE INTAN KAMPUS SABAH (INSABAH)
17 APRIL 2026: Akademi Pusat Pembelajaran Bandaraya (APPB), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Sabah (INSABAH), pada 14 April 2026.
Kunjungan ini bertujuan untuk menjalin kerjasama strategik antara DBKK dan INSABAH, khususnya dalam membangunkan modul latihan yang lebih efektif serta memperkukuh jaringan kolaborasi ke arah peningkatan ilmu pengetahuan, kompetensi dan kemahiran warga kerja DBKK.
Rombongan APPB diketuai oleh Encik Abdul Mukti bin Haji Muchlish, Pengetua Akademi Pusat Pembelajaran Bandaraya, DBKK dan turut disertai oleh Puan Suzanah binti Madon, Ketua Bahagian Komunikasi Strategik; Puan Johani Jungkit, Ketua Bahagian Latihan serta pegawai-pegawai APPB.
Ketibaan rombongan telah disambut dengan penuh mesra oleh Dr. Muharir bin Kamarudin, Pengarah Wilayah INSABAH bersama Puan Kartini binti Sukarno, Pegawai Tadbir Latihan dan pegawai-pegawai, INSABAH.
Menerusi kunjungan ini, APPB, DBKK berhasrat untuk mengukuhkan hubungan rasmi bersama INSABAH serta memperluaskan peluang kerjasama dalam bidang latihan dan pembangunan sumber manusia.
Selain itu, kedua-dua pihak turut bersetuju untuk bekerjasama dalam pembangunan program dan modul latihan serta perkongsian fasiliti latihan bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan awam, khususnya kepada pegawai dan anggota DBKK.
Terima kasih Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Sabah (INSABAH).
Sumber Info dan Foto: Akademi Pusat Pembelajaran Bandaraya, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



