Skip to main content

Berita: PENYERTAAN 150 PASUKAN DARI SELURUH MALAYSIA MERIAHKAN MAYOR’S CUP PETANQUE DOUBLE OPEN

  • -

    29 APRIL 2026: Penyertaan seramai 150 pasukan telah memeriahkan lagi Mayor’s Cup Petanque Double Open anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang diadakan buat julung kalinya bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-26 Bandaraya Kota Kinabalu, di Taman Awam, Teluk Likas pada 25 dan 26 April 2026.

    Kejohanan ini yang turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Sukan Boules Sabah dan Kelab Boules BAYU, menyaksikan penyertaan pemain-pemain kebangsaan yang pernah beraksi di World Cup dan Sukan SEA, serta pasukan SUKMA Sarawak, Wilayah Persekutuan dan Sabah.

    Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah, DBKK mewakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu. Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada rakan kerjasama strategik iaitu University College Sabah Foundation (UCSF) dan KHU Padu Enterprise.

    Hadir sama ialah Encik Muhammad Uthman bin Sarimal, Presiden Kelab Boules Bayu selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Mayor’s Cup Petanque Double Open; Encik Joseph Ivor Bachee, Ketua Penolong Setiausaha Sukan mewakili Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah; Encik Morsede bin Mohamad, Presiden Persatuan Sukan Boules Sabah merangkap Naib Presiden 1 Malaysian Boules Sports Federation dan Encik Wahadir bin Hamdan, Setiausaha Persatuan Sukan Boules Sabah.

    Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), DBKK. Berikut merupakan keputusan penuh Mayor’s Cup Petanque Double Open:

    KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN 

    Johan: Bayu DBKK 10
    Naib Johan: DIPEC
    Ketiga: KEPELA 3
    Ke-4: PSPBK 6
    Ke-5: PBBC 1
    Ke-6: ND 2
    Ke-7: WIPERS 7
    Ke-8: KEPELA 1
    Ke-9: PBBC 4
    Ke-10: KEPELA 7
    Ke-11: ND 3
    Ke-12: TAKULI BOULES 7
    Ke-13: PSPBK 7
    Ke-14: PSPBK 4
    Ke-15: TMS 12
    Ke-16: SEMBA 2
    Best Women: PSPBK 7
    Best Mix: ND 2
    Best U12: HN 1

    KEPUTUSAN PENUH PIALA DIVISYEN 

    Johan: Putatan 1
    Naib Johan: PSPBK 1
    Ketiga: TMS 3
    Ke-4: PGA 3
    Ke-5: BAYU DBKK 11
    Ke-6: BAYU DBKK 12
    Ke-7: TAWAU
    Ke-8: PSPBK 9

    Penganjuran Mayor’s Cup Petanque Double Open diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform untuk melahirkan bakat tempatan baharu, sekali gus mengeratkan hubungan dalam kalangan komuniti sukan di peringkat tempatan dan negeri.

    Tahniah kepada semua peserta!

    Liputan: Eleanor Michelle Patrick
    Foto: Renaldo Fernandez

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK