Berita: UPACARA SUNSET CEREMONY BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM) KE-92
05 MEI 2026: YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu bersama isteri, YBhg. Datin Sri Adreen Aderizza binti Mohamad Soffi, telah meluangkan masa untuk menghadiri Upacara Sunset Ceremony anjuran Markas Pemerintahan Armada Timur yang berlangsung di Lintasan Deasoka, pada 01 Mei 2026.
Penganjuran upacara ini adalah bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-92 dan dibuka kepada tontonan umum.
Turut mengiringi beliau ialah Tuan Sairullizam Sukor, Pengarah Jabatan Perundangan merangkap Chief of Staff Pejabat Mayor, DBKK.
Sepanjang upacara berlangsung, YBhg. Dato’ Sri Mayor berpeluang menyaksikan pelbagai pengisian menarik termasuk persembahan Terumbu Band, pancaragam serta kawad senyap. Upacara Sunset Ceremony menjadi kemuncak acara yang penuh istiadat dan simbolik ini.
Foto: Mohd. Asruddey Rusli
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDisediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



