Berita: DBKK SERTAI BENGKEL “THE BOTANY HARD TALK” ANJURAN JABATAN LANDSKAP NEGERA & LAWATAN KERJA KE TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM
11 MEI 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Botani telah menyertai Bengkel “The Botany Hard Talk” Pelan Pengurusan dan Penyelenggaraan Taman Botani anjuran Jabatan Landskap Negara (JLN), bertempat di Hotel Dorsett, Kuala Lumpur, pada 23 hingga 25 April 2026.
Bengkel yang diadakan selama tiga (3) hari ini menghimpunkan wakil daripada pelbagai jabatan dan agensi yang terlibat dalam pengurusan serta penyelenggaraan taman, khususnya taman botani.
Rombongan Jabatan Botani, DBKK telah diketuai oleh Puan Stella Alexius Nain, Pengarah Jabatan Botani, DBKK.
Tujuan utama penyertaan DBKK dalam bengkel ini ialah bagi mendapatkan input, berkongsi pandangan dan memperkukuh pengetahuan berkaitan pengurusan taman botani, penyelenggaraan landskap, pemuliharaan biodiversiti serta pembangunan pelan pengurusan taman yang lebih sistematik.
Selain itu, rombongan turut mengadakan lawatan kerja ke Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) bagi tujuan penanda aras dan perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan taman botani serta penyelenggaraan landskap.
Lawatan ini memberi peluang kepada rombongan untuk melihat secara langsung pendekatan pengurusan, penyelenggaraan fasiliti, landskap, koleksi tumbuhan dan pelaksanaan fungsi taman botani sebagai pusat pendidikan, penyelidikan serta pemuliharaan flora.
Sumber Info dan Foto: Jabatan Botani, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



