Skip to main content

Berita: DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU (DBKK) TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PEJABAT WILAYAH SABAH KEMENTERIAN LUAR NEGERI

  • -

    11 Mei 2026: YBhg. Dato' Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pejabat Wilayah Sabah, Kementerian Luar Negeri. Rombongan ini diketuai oleh Puan Clara Soon May Lynn, Pengarah Pejabat Wilayah Sabah yang hadir bersama Encik Samzah Jamirin, Pegawai Konsular, Kementerian Luar Negeri.

    Turut hadir ialah Puan Hajah Jainab binti Saidi, Pengarah Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam serta Encik Muhammad Aiman bin Abdul Manap, Pegawai Penyelidik, Pejabat Mayor, DBKK.

    YBhg. Dato’ Sri Mayor telah menzahirkan ucapan tahniah kepada Puan Clara di atas lantikan sebagai Pengarah Pejabat Wilayah Sabah, Kementerian Luar Negeri yang baharu.

    Pertemuan ini memberi ruang kepada perbincangan mengenai usaha memperkukuhkan kerjasama di antara Pejabat Wilayah Sabah dan DBKK, khususnya dalam aspek hubungan antarabangsa, urusan konsular dan diplomat, serta membantu memudahcara urusan pejabat-pejabat Konsulat asing di Sabah.

    Selain itu, Puan Clara turut berkongsi mengenai peranan dan fungsi Kementerian Luar Negeri dalam memperkukuh kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, merangkumi hal ehwal hubungan luar negara.

    Semoga jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak terus diperkasa melalui pertemuan ini, ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan.

    Sumber Info: Pejabat Mayor, DBKK
    Foto: Mohd. Asruddey Rusli

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Disediakan oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK