Skip to main content

Berita: PROGRAM KK KOMUNITI SEJAHTERA ‘LEAVE NO ONE BEHIND: TOWARDS SUSTAINABLE MARKET’ SIRI 4/2025

  • -

    24 JULAI 2025: Sebagai usaha berterusan dalam memperkasa komuniti tempatan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat telah menganjurkan Program KK Komuniti Sejahtera ‘Leave No One Behind: Towards Sustainable Market’ Siri 4/2025, bertempat di KK Sentral, pada 19 Julai 2025.

    Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan keterlibatan dan kerjasama dalam komuniti, menjadi pemangkin kepada pembangunan komuniti yang lebih inklusif dan harmoni selain mempelbagaikan aktiviti pelancongan bandar raya.

    Acara dimulakan dengan Program KK Love Bike: Free Ride Tour & KK Harmony Ride yang melibatkan seramai 20 peserta yang terdiri daripada pelajar dari MSU College, Institut Latihan Teknik & Perdagangan (ILTP), JPSM dan pelancong yang berdaftqr dengan pihak Sabah Tourist Guide Association (STGA).

    Bermula di KK Sentral, rombongan kemudian berbasikal ke tiga (3) lokasi di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, iaitu Gurdwara Sahib Sikh Temple, Masjid Negeri Sabah dan Sacred Heart Cathedral. Di setiap ‘pit stop’ ini, para peserta berpeluang untuk melawat sambil mendengar taklimat ringkas berkaitan setiap pusat ibadah.

    Program kemudian diteruskan dengan aktiviti-aktiviti santai di KK Sentral, di mana para pengunjung berpeluang untuk mendengar taklimat yang bersifat informatif berkaitan Insurans, Aplikasi iBersih dan Etika Penggunaan Tandas.

    Orang ramai juga berpeluang untuk menyaksikan persembahan kebudayaan yang dibawakan khas oleh Komuniti Id Pogimpaan. Turut berlangsung pembukaan reruai daripada Kraftangan Malaysia, Balai Seni Lukis, Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia, Takaful Malaysia, DBKK Holdings Sdn. Bhd. (DBKKH) serta Jabatan-jabatan DBKK seperti Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Hal Ehwal Antarabangsa (JPIHEA), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP) dan Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya (JKPB).

    Berikut adalah senarai pemenang bagi setiap pertandingan:

    Image removed. PERTANDINGAN MELUKIS & MEWARNA

    i.) Kategori Sekolah Rendah

    Johan : Dayang Nurafrina binti A. Azhar
    Naib Johan : Dayang Nurasyifa binti A. Azhar
    Ketiga : Arjuna Arrian Shah bin Arman Shah
    Saguhati : Annur Suhada Binti Emran

    ii.) Kategori Sekolah Menengah

    Johan : Yong Tian Xian
    Naib Johan : Annur Adawiyah binti Emran
    Ketiga : Dayang Siti Nur Adawiyah Atiqah binti A. Azhar
    Saguhati : Adaweeta Qhalidhah binti Arman Shah

    Image removed. PERTANDINGAN REKA CIPTA (TERBUKA)

    Johan : Nurjannah Abd Razak
    Naib Johan : Hafiza Joy
    Ketiga : Siti Norhainah Sabree
    Saguhati : Donald Stephen

    Image removed. PERTANDINGAN TEKA GAMBAR (TERBUKA)

    Johan : Cyril Charles
    Naib Johan: Felicia G.
    Ketiga : Norhayati Ismail
    Saguhati : Leany Gyll Jefry

    Objektif utama penganjuran program adalah untuk meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup warga bandar raya menerusi pelaksanaan program-program pelancongan dengan penglibatan daripada komuniti.

    Pada masa yang sama, program ini turut mempromosikan Pusat Kraftangan: KK Sentral Market yang menawarkan pelbagai kraftangan tempatan yang terhasil daripada keunikan budaya dan kaum yang terdapat di negeri ini.

    Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai pertandingan bersempena dengan Program KK Komuniti Sejahtera ‘Leave No One Behind: Towards Sustainable Market’!

    Liputan: Eleanor Michelle Patrick
    Foto: Renaldo Fernandez

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK