Skip to main content

Berita: TAKLIMAT STRATEGI BANDAR PINTAR DBKK BERSAMA HUAWEI TECHNOLOGIES MALAYSIA

  • -

    07 NOVEMBER 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menganjurkan Taklimat Strategi Bandar Pintar DBKK Bersama Huawei Technologies Malaysia, bertempat di Dewan Mesyuarat, Bangunan DBKK, pada 04 November 2025.

    Taklimat ini dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu. Hadir sama ialah YBhg. Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah, DBKK; Timbalan-timbalan Ketua Pengarah, DBKK; Ketua-ketua Jabatan, DBKK; Mr. Nicholas Yong, Senior Industry Solutions Expert, Huawei Technologies Malaysia Sdn. Bhd. serta Ms. Ding Ze Xian dan Ms. Sharol Tay, Account Manager, Huawei Technologies Malaysia Sdn. Bhd.

    Antara pengisian utama adalah penyampaian taklimat bertajuk “Accelerating Intelligence: Transformation Towards Cognitive Cities” yang disampaikan oleh Mr. Nicholas Yong.

    Melalui sesi ini, Huawei berkongsi penyelesaian teknologi Bandar Pintar yang inovatif serta amalan terbaik global dalam pembangunan bandar berasaskan data dan kecerdasan buatan (AI).

    Penganjuran taklimat ini merupakan salah satu inisiatif DBKK dalam transformasi penyampaian dan perkhidmatan ke arah bandar raya yang lebih cekap, pintar dan mampan.

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Teknologi Maklumat dan Pendigitalan, DBKK
    Suntingan: Bahagian Media dan Komunikasi, JPPA

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK