Berita: DBKK ANJUR PROGRAM JOM KENALI GALERI DOUBLE SIX KHAS BERSAMA ORANG KURANG UPAYA (OKU)
09 DISEMBER 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Hal Ehwal Antarabangsa telah menganjurkan program Jom Kenali Galeri Double Six Khas Bersama Orang Kurang Upaya (OKU), di Galeri Double Six, pada 06 Disember 2025.
Seramai 10 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program yang diadakan bagi meningkatkan kesedaran berkaitan galeri dan fungsinya, selain memahami nilai sejarah dan peristiwa tragedi yang berlaku pada 06 Jun 1976.
Bagi mencapai objektif ini, pelbagai aktiviti-aktiviti menarik telah dianjurkan, antaranya ialah Mewarna, Pindah Bola Ping Pong dan Pertandingan Kapal Kertas yang telah memeriahkan lagi suasana di sekitar galeri.
Program turut diserikan dengan lawatan ke sekitar Galeri Double Six yang menempatkan gambar dan artifak bersejarah. Para peserta berpeluang untuk berinteraksi secara lebih dekat melalui pertanyaan dan perbincangan santai.
Terima kasih kepada semua peserta. Jumpa anda pada siri seterusnya.
Sumber Info dan Foto: Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Hal Ehwal Antarabangsa, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDisediakan oleh:
Bahagian Media dan Komunikasi
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



