Skip to main content

Berita: MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS KEPADA MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG TANJUNG ARU BARU

  • -

    25 FEBRUARI 2026: Berikutan bencana kebakaran yang berlaku di Kampung Tanjung Aru Baru baru-baru ini, seramai 65 orang mangsa daripada 14 Ketua Isi Rumah (KIR) telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang diaktifkan di Dewan Muhibbah, Sembulan.

    Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menyelaras penyerahan sumbangan keperluan mangsa yang berada di PPS dalam satu majlis ringkas yang disempurnakan oleh YB Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya, Ahli Parlimen P.173 Putatan, pada 20 Februari 2026.

    Selain bantuan khas, mangsa-mangsa kebakaran turut menerima sumbangan berbentuk wang tunai dan bakul makanan daripada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Kota Kinabalu dan Yayasan Kebajikan Sabah.

    Hadir dalam majlis ini ialah YB Datuk Awang Ahmad Sah bin Datuk Hj. Awang Sahari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.23 Petagas; Tuan Karim bin Haji Rahim, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pembangunan Luar Bandar dan Penguatkuasaan), DBKK mewakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu dan Datuk Hajah Diyanah Abdullah, Pengarah Yayasan Kebajikan Sabah.

    Bencana kebakaran yang berlaku pada 18 Februari lalu telah menjejaskan sebanyak lima (5) buah rumah di Kampung Tanjung Aru Baru. Sehubungan itu, DBKK bersama agensi-agensi berkaitan telah bekerjasama dalam memastikan bantuan makanan dan keperluan harian disalurkan secara teratur dan pantas.

    Sumbangan yang disampaikan ini diharap dapat meringankan sedikit beban yang dialami oleh mangsa-mangsa bencana kebakaran.

    Sumber Info: Jabatan Pengurusan Luar Bandar, DBKK

    Foto: Renaldo Fernandez

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK