Skip to main content

Jabatan Pengurusan Luar Bandar

VISI
Menjadi Peneraju Pentadbiran Daerah Untuk Kesejahteraan Masyarakat Luar Bandar

MISI
Meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar secara menyeluruh melalui tadbir urus yang lebih baik, cepat, cekap, dan berhemah.

OBJEKTIF
Memantapkan tadbir urus kawasan luar bandar dan pinggir bandaraya agar lebih sistematik dan berkesan bagi kesejahteraan hidup masyarakat dari aspek ekonomi dan sosial. 
 

FUNGSI

  1. Menjadi Urusetia kepada:

  • Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Kota Kinabalu.

  • Mesyuarat Jawatankuasa Focus Group Pembasmian Kemiskinan Daerah Kota Kinabalu.

  • Mesyuarat Jawatankuasa Permohonan Daftar Baharu e-Kasih Bandaraya Kota Kinabalu.

  • Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pemegang Amanah.

  • Mesyuarat Jawatankuasa Tapisan Ketua Adat termasuk pelantikan, pertukaran dan penamatan jawatan ketua adat. 

  • Mesyuarat Penyelarasan Cadangan Badan Jawatankuasa Keselamatan Dan Kemajuan Kampung (JKKK)/ Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) termasuk pelantikan, pertukaran dan penamatan ahli JKKK.

 

  1. Mengurus dan menyelaras permohonan pendaftaran Daftar Baharu e-Kasih bagi Bandaraya Kota Kinabalu, senarai penerima bantuan program perumahan rakyat, peruntukan Program Khas untuk Rakyat Sentuhan Kasih serta peruntukan program/projek (bekalan) pembasmian kemiskinan luar bandar dan dalam bandar.

  2. Mengemaskini maklumat/data kampung di bawah pentadbiran DBKK.

  3. Membuat surat pengesahan atau surat pengesahan bersyarat bagi permohonan bekalan elektrik dan air penduduk di kampung rizab.

  4. Memproses permohonan baharu, pertukaran lot tanah kampung serta pengesahan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi penduduk di tanah rizab kampung.

  5. Menyelaras dokumen sokongan bayaran elaun mesyuarat dan elaun hadir mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB).

 

BAHAGIAN-BAHAGIAN

BAHAGIAN PEMBASMIAN KEMISKINAN

Unit Pembasmian Kemiskinan

  • Menyelaras program dan projek pembasmian kemiskinan di kawasan luar bandar  dan dalam bandar.

  • Memantau dan menilai pelaksanaan program pembasmian kemiskinan.

  • Membantu kebajikan golongan miskin tegar dan miskin seperti memberi program Kursus terpilih
  • Menjalankan kajian dan analisis data kemiskinan untuk merancang strategi pembasmian kemiskinan yang lebih efektif.

  • Bekerjasama dengan agensi kerajaan dan NGO untuk melaksanakan program pembasmian kemiskinan.

  • Menyelaras aktiviti turun padang untuk memantau keadaan infrastruktur dan keperluan asas di kampung-kampung miskin.

Program Utama:

  • Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB)

  • Pendaftaran Sejati MAdani untuk komuniti.

  • Program Kursus kepada golongan KIR dan AIR e-Kasih.

  • Program Peningkatan Pendapatan (PPP) di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR)

 

Unit Kewangan Dan Pembangunan

  • Mengurus peruntukan kewangan untuk program dan projek pembangunan di kawasan luar bandar.
  • Menyelaras pembayaran elaun dan peruntukan kepada penerima bantuan.
  • Memantau penggunaan dana untuk memastikan ia digunakan dengan berkesan dan mengikut prosedur.
  • Menyediakan laporan kewangan berkala untuk program-program pembasmian kemiskinan dan pembangunan.
  • Menyelaras permohonan dan pengagihan bantuan kewangan kepada penduduk miskin.
  • Bekerjasama dengan Unit Pembasmian Kemiskinan untuk memastikan program pembangunan dilaksanakan dengan lancar.

Program Utama:

  • Program Khas Untuk Rakyat (Sentuhan Kasih).
  • Pengurusan peruntukan Program Khas Untuk Rakyat (Sentuhan Kasih).
  • Program Baik Pulih Rumah (PBPR) dan Program Bina Baharu Rumah (PBBR).
  • Program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ)
  • Program Rumah Sejahtera Rakyat Sabah (RSRS)

 

Unit e-Kasih

  • Mengurus pendaftaran dan pengemaskinian data dalam sistem eKasih.
  • Menyelaras permohonan baharu dan pengesahan data penerima bantuan melalui sistem eKasih.
  • Memastikan penduduk yang layak menerima bantuan kerajaan didaftarkan dalam sistem eKasih.
  • Menjalankan pemantauan dan penilaian terhadap data penerima bantuan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan.
  • Bekerjasama dengan agensi kerajaan lain untuk memastikan bantuan disalurkan  kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
  • Menyediakan laporan berkala tentang status pendaftaran dan pengagihan bantuan melalui sistem eKasih.

Program Utama:

  • Pendaftaran dan pengemaskinian data eKasih.
  • Pengesahan penerima bantuan melalui sistem eKasih.

 

BAHAGIAN PENTADBIRAN 

Unit Pentadbiran Pejabat, Aset dan Rekod

  • Pentadbiran dan pengurusan Am jabatan; 
  • Pengurusan Fail dan Rekod ;

     

Unit Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)/Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB)

  • Memproses pelantikan, pertukaran dan penamatan Jawatankuasa  Kemajuan  Dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam kawasan pentadbiran DBKK;
  • Menyelaras perlantikan, pertukaran dan penamatan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) dalam kawasan pentadbiran DBKK.

  • Menyelaras tuntutan bayaran elaun bulanan Pengerusi, Setiausaha, elaun hadir mesyuarat dan elaun mengendali Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK). 

  • Menyelaras dokumen tuntutan elaun bulanan Pengerusi, Setiausaha, elaun hadir mesyuarat dan elaun mengendali Mesyuarat Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam  Bandar  (JKDB).

  • Urus Setia Mesyuarat Penyelarasan Cadangan Badan JKKK.

 

Unit Khidmat Pengurusan Luar Bandar

  • Membuat surat pengesahan atau surat permohonan bersyarat bagi permohonan bekalan elektrik dan air penduduk di kampung rizab;
  • Menyelaras pelantikan, pertukaran dan penamatan jawatan Ketua Adat;
  • Menyelaras pelantikan, pertukaran dan penamatan jawatan Ketua Adat;
  • Memproses permohonan baru dan pertukaran lot tanah dalam rizab kampung.


Unit Maklumat Dan Data Kampung

  • Menyedia dan mengemaskini maklumat profil kampung di bandaraya Kota Kinabalu.

     

Unit Mesyuarat Dan Bencana

  • Urus Setia Mesyuarat Penyelelarasan Lembaga Pemegang Amanah;
  • Urus Setia Mesyuarat Jawatankuasa Tapisan Ketua Adat Daerah Kota Kinabalu