Skip to main content

Berita: LAWATAN PENANDAARASAN DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU (DBKK) KE PERBADANAN PUTRAJAYA (PPJ)

  • -

    29 APRIL 2026: YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu bersama YBhg. Datuk Sr Lifred Wong, Ketua Pengarah, DBKK telah mengetuai lawatan penandaarasan strategik ke Perbadanan Putrajaya (PPJ) pada 17 April 2026 yang lalu.

    Lawatan ini turut disertai oleh pegawai DBKK yang terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan serta pegawai teknikal, DBKK.

    Delegasi DBKK telah disambut baik oleh pihak Perbadanan Putrajaya (PPJ). Aktiviti lawatan dimulakan dengan pertemuan antara YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah dan YBhg. Dato’ Haji Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Presiden Perbadanan Putrajaya.

    Rombongan DBKK telah diberi taklimat oleh Tuan Norazle bin Ab Malek, Pengarah Kawalan Perancangan dan Pembangunan, Jabatan Perancangan Bandar, bersama Encik Mohamad Mustaqim bin Mohamad Zaki, Pegawai Perancang Bandar dan Desa, serta pasukan One Stop Centre (OSC) yang mengendalikan pemprosesan pelan di PPJ.

    Lawatan ini bukan sahaja memberi nilai tambah dari aspek teknikal, malah menjadi langkah penting ke arah memperkasakan DBKK sebagai sebuah organisasi yang progresif, berdaya saing dan berorientasikan digital.

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Teknologi Maklumat dan Pendigitalan, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK