Skip to main content

Berita: MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT BANDARAYA KOTA KINABALU 2026

  • -

    14 MEI 2026: Majlis Perasmian Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu 2026 telah berlangsung dalam suasana yang warna warni dan harmoni, seiring usaha menyemarakkan semangat perpaduan dan memartabakan warisan budaya, bertempat di The Oval, IMAGO Shopping Mall, pada 10 Mei 2026.

    Upacara Perasmian Paluan Gong telah disempurnakan oleh YB Datuk Joniston Bangkuai, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Bertanggungjawab Kepada DBKK mewakili Ketua Menteri Sabah. Sebagai simbolik perasmian, beliau telah membuat paluan gong sebanyak tujuh (7) kali sebelum diteruskan dengan acara Mongomot Parai atau menuai padi.

    Hadir sama ialah YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap Ahli Parlimen P.172 Kota Kinabalu dan YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu selaku Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu 2026 bersama isteri, YBhg. Datin Sri Hajah Adreen Aderizza binti Mohd Soffi; YBhg. Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah, DBKK; barisan Pengurusan Tertinggi, DBKK serta Mr Micheal Mah, Director Asian Pac Holdings Berhad selaku rakan strategik Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu 2026.

    Majlis kemudian diteruskan dengan Upacara Magavau daripada Tungkus Sandad, Pertubuhan Bobolian Sabah diikuti dengan penampilan 15 Finalis Unduk Ngadau Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu 2026. Berikut adalah keputusan penuh pertandingan:

    UNDUK NGADAU KAAMATAN BANDARAYA KOTA KINABALU:
    Liane Melve Grace Lias

    UNDUK NGADAU KDCA TANJUNG ARU:
    Joyce Nia David

    UNDUK NGADAU KDCA BANDARAYA:
    Felecity Chen Sing Yee

    TEMPAT KE-4:
    Sharlene Adelaide Alexandra

    TEMPAT KE-5:
    Nicole Lynn Maurice

    TEMPAT KE-6:
    Jacqueency Jwen John

    TEMPAT KE-7:
    Divya Flavia Chai

    SAGUHATI:
    Salistah Samuel
    Dovindra Ashley Alvin
    Adylee Arisen
    Jean Christzabeth Yusevender
    Grace Jorest Josip
    Lovyssa Lorand
    Avril Frances Nelver
    Elisa Olanda Jainis

    Tahniah diucapkan kepada semua peserta Unduk Ngadau Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu 2026. Ayuh, kita berikan sokongan kepada wakil Unduk Ngadau Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu, Unduk Ngadau KDCA Tanjung Aru dan Unduk Ngadau KDCA Bandaraya yang akan bertanding ke Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri, di Dewan Hongkod Koisaan, KDCA!

    “Kaamatan: Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian”

    Liputan: Eleanor Michelle Patrick
    Foto: Renaldo Fernandez

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintaDanLestari

    Dikeluarkan Oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK