Skip to main content

Berita: SESI LIBAT URUS BERSAMA SEKTOR DAN JABATAN BAGI PEMBANGUNAN CAPABILITY, SERVICES DAN PROCESS TO-BE DALAM INISIATIF ENTERPRISE ARCHITECTURE DBKK

  • -

    03 JUN 2026: Satu sesi libat urus bersama sektor dan jabatan bagi pembangunan Capability, Services dan Process To-Be dalam inisiatif Enterprise Architecture Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah berlangsung di Bangunan DBKK, pada 25 hingga 26 Mei 2026.

    Program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hala tuju transformasi digital organisasi melalui penambahbaikan proses kerja sedia ada (as-is) yang diselaraskan kepada proses baharu yang lebih cekap, strategik dan berorientasikan masa hadapan (to-be).

    Pendekatan ini dilaksanakan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan DBKK terus relevan, responsif dan memenuhi keperluan warga Kota Kinabalu yang semakin berkembang. Sesi ini dibahagikan kepada tiga (3) sesi utama, iaitu:

    • Perkhidmatan Teras Bandar dan Rakyat

    • Tadbir Urus, Kewangan dan Pengurusan Organisasi

    • Bandar Pintar, Analitik dan Perkhidmatan Strategik

    Penganjuran sesi libat urus ini turut mendapat kerjasama strategik daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berperanan sebagai fasilitator sepanjang sesi berlangsung. Penglibatan pihak universiti melalui perkongsian kepakaran, pandangan akademik dan pendekatan strategik telah membantu memperkukuh perbincangan ke arah pembentukan ekosistem kerja yang lebih sistematik, inovatif dan selaras dengan agenda transformasi digital sektor awam.

    Komitmen berterusan serta penglibatan aktif daripada Ketua-ketua Jabatan dan pegawai DBKK dalam sesi libat urus ini memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan keupayaan perkhidmatan, memperkemas proses kerja serta memperhalusi keperluan strategik organisasi secara menyeluruh.

    Melalui transformasi digital yang dirancang secara menyeluruh, DBKK komited untuk terus mempertingkat kecekapan pentadbiran dan kualiti penyampaian perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat serta kemampanan pembangunan Bandaraya Kota Kinabalu.

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Teknologi Maklumat dan Pendigitalan, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK