Skip to main content

Berita: PROGRAM KKCC NEXTGEN 2026 SIRI 5 “MENTAL HEALTH” DAN SIRI 6 “VOLUNTEER”

  • -

    7 OGOS 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Penyelidikan dan Inovasi menerusikan penganjuran Program Kota Kinabalu Child Council (KKCC) Next Generation 2026 bagi Siri 5 dan Siri 6, bertempat di Galeri Double Six, pada 18 Julai 2026.

    Program ini bertujuan melahirkan generasi muda yang berdaya saing dengan memperkasa potensi kepimpinan kanak-kanak dan remaja menerusi pelbagai aktiviti yang memupuk kemahiran komunikasi, literasi digital, kepimpinan serta nilai kerjasama berpasukan.

    Program yang bermula seawal jam 8 pagi ini dibahagikan kepada dua (2) sesi utama dan melibatkan penyertaan seramai 30 orang peserta, terdiri daripada Ahli Majlis Kanak-Kanak (MKK) - DBKK.

    Sesi pertama, iaitu Siri 5 bertemakan “Mental Health” telah dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Idris bin Bullare @ Bahari. Program kemudian diteruskan dengan Siri 6 dengan tema “Volunteer” yang disampaikan oleh Dr. Rahimatsah bin Amat.

    Sepanjang program, peserta berpeluang untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti interaktif termasuk tayangan video, perbincangan berkumpulan, latihan praktikal dan sesi refleksi.

    Aktiviti-aktiviti ini dirangka bagi meningkatkan kefahaman peserta terhadap kepentingan menjaga kesihatan mental, menyemai nilai kesukarelawanan serta membina keyakinan diri dan kemahiran kepimpinan.

    “Berani. Bijak. Bersedia.”

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK