Skip to main content

Berita: DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU TERIMA KUNJUNGAN HORMAT U.S. EMBASSY KUALA LUMPUR

  • -

    5 SEPTEMBER 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menerima kunjungan hormat daripada U.S. Embassy Kuala Lumpur di Pejabat Mayor, Bangunan DBKK pada 3 September 2026.

    Delegasi U.S. Embassy Kuala Lumpur telah diketuai oleh Mr. David H. Gamble, Jr., Chargé d’Affaires, a.i U.S. Embassy Kuala Lumpur.

    Ketibaan delegasi disambut oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu.

    Hadir sama ialah YBrs. Tuan Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi); YBrs. Puan Faradillah binti Hj. Abdul Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan); YBrs. Tuan Victor Gerard Kuasi, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Kewangan) serta ketua jabatan dan pegawai kanan, DBKK.

    Kunjungan hormat ini diharap dapat membuka ruang kepada kerjasama yang lebih erat di antara DBKK dan U.S. Embassy Kuala Lumpur.

    Terima kasih atas kunjungan ke DBKK!

    Sumber Info: Pejabat Mayor, DBKK
    Foto: Mohd. Asruddey Rusli

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Disediakan oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK