Berita: DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU TERIMA KUNJUNGAN HORMAT EMBASSY OF FINLAND, KUALA LUMPUR
4 SEPTEMBER 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menerima kunjungan hormat Embassy of Finland, Kuala Lumpur bertempat di Pejabat Mayor, Bangunan DBKK pada 2 September 2026.
Delegasi diketuai oleh Her Excellency Anne Vasara, Ambassador of Finland to Malaysia and Brunei.
Ketibaan delegasi telah disambut oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu bersama YBhg. Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah; YBrs. Puan Faradillah binti Haji Abdul Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan); YBrs. Tuan Victor Gerard Kuasi, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Kewangan) serta ketua jabatan dan pegawai kanan, DBKK.
Kunjungan hormat ini diharap dapat memperluas jaringan kerjasama di antara DBKK dan Embassy of Finland, Kuala Lumpur.
Terima kasih atas kunjungan ke DBKK!
Sumber Info: Pejabat Mayor, DBKK
Foto: Mohd. Asruddey Rusli#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDisediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



