Berita: YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI SANTUNI MANGSA BENCANA KEBAKARAN PENEMPATAN LOK BUTA, KAMPUNG NUMBAK SEPANGGAR
12 SEPTEMBER 2026: Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri telah menyantuni mangsa bencana kebakaran penempatan Lok Buta, Kampung Numbak Sepanggar dalam lawatannya ke Dewan Serbaguna Damai, pada 11 September 2026.
Hadir sama ialah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah; Yang Berhormat Datuk Ts. Mustapha bin Sakmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) merangkap Ahli Parlimen Sepanggar; Yang Berhormat Datuk Zainudin bin Aman, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah; Yang Berhormat Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kota Kinabalu dan Yang Berbahagia Datuk Mohd. Razali bin Wahab, Setiausaha Persekutuan Sabah.
Dalam lawatan ini, YAB Perdana Menteri telah menerima taklimat ringkas berkaitan bencana daripada YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu.
Sebagai tanda keprihatinan terhadap mangsa yang terjejas, YAB Perdana Menteri turut menyampaikan bantuan bakul makanan kepada lebih kurang 111 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas dalam bencana kebakaran yang berlaku pada 30 Ogos lalu.
Liputan: Eleanor Michelle Patrick
Foto: Renaldo Fernandez#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



