Skip to main content

Berita: TAHNIAH! DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU TERIMA ANUGERAH ASEAN CLEAN TOURIST CITY STANDARD (ACTCS) 2026-2028

  • -

    15 OKTOBER 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu telah berjaya memenuhi ketetapan Piawaian Pelancongan ASEAN dan mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan bagi Anugerah Asean Tourism Standard kategori Asian Clean Tourist City Standard (ACTCS) untuk tempoh dua (2) tahun, iaitu 2026 hingga 2028.

    Anugerah ini telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mewakili YB Dato’ Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dalam Majlis Anugerah ASEAN Tourism Standards Peringkat Kebangsaan Tahun 2026, di Dewan Sanggar Pujangga, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Putrajaya pada 15 Oktober 2026.

    DBKK diwakili oleh YBrs. Tuan Karim bin Hj. Rahim, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Luar Bandar dan Penguatkuasaan), DBKK dan diiringi oleh Puan Darna Badawi, Pengarah Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, DBKK.

    DBKK melalui Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat telah mencatatkan pencapaian dalam pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard (ACTCS) sebanyak empat (4) kali, iaitu bagi:

    Tahun 2017-2020
    Tahun 2020–2022
    Tahun 2024–2026
    Tahun 2026–2028

    Pencapaian berterusan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap usaha DBKK dalam memperkukuh kebersihan, pengurusan persekitaran dan imej Kota Kinabalu sebagai destinasi pelancongan yang bersih, teratur, selamat dan menarik.

    Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin DBKK untuk terus mempertingkatkan mutu perkhidmatan bandar raya serta memperkukuh kerjasama dengan pihak berkepentingan bagi memastikan Kota Kinabalu kekal sebagai destinasi pelancongan yang berdaya saing dan mampan.

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK