Skip to main content

Berita: DBKK ANJUR SESI PENERANGAN POLISI INSURAN BERSAMA PIHAK PROGRESSIVE INSURANCE

  • 20 FEBRUARI 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Akademi Pusat Pembelajaran Bandaraya telah menganjurkan Sesi Penerangan Polisi Insuran Bersama Progressive Insurance, pada 17 Februari 2025.

    Seramai 40 kakitangan DBKK, yang terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan serta pegawai-pegawai telah menghadiri sesi yang diadakan di Dewan Mesyuarat II, DBKK, bermula 8.30 pagi.

    Penganjuran sesi ini bertujuan untuk memberi penerangan berkaitan polisi-polisi insuran DBKK yang melibatkan Public Liability, All Risk, Group Personal Accident dan Fire Policy.

    Semoga ilmu pengetahuan yang disampaikan menerusi sesi ini dapat dimanfaatkan oleh warga DBKK.

    Sumber Info: Akademi Pusat Pembelajaran Bandaraya, DBKK
    Foto: Renaldo Fernandez

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK