Skip to main content

Berita: KURSUS PENULISAN PROFESIONAL DOKUMEN RASMI (SURAT RASMI, MEMO DAN EMEL KERAJAAN) SIRI 2

  • -

    16 JULAI 2025: Seramai 54 kakitangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menghadiri Kursus Penulisan Profesional Dokumen Rasmi (Surat Rasmi, Memo dan Emel Kerajaan) Siri 2 yang diadakan di Akademi Pusat Pembelajaran Bandaraya, Kota Kinabalu, pada 07 hingga 08 Julai 2025.

    Penganjuran kursus pada kali ini turut disertai oleh Pegawai Kumpulan B dan kakitangan kumpulan lain yang terlibat dalam tugasan perkeranian dan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada anggota DBKK berkaitan penulisan dokumen rasmi yang betul dan baik dari segi pengolahan isi, bahasa, format dan susunan ayat.

    Majlis perasmian kursus dan penyampaian sijil penyertaan telah disempurkan oleh Encik Abdul Mukti Hj. Muchlish, Pengetua Pusat Pembelajaran Bandaraya mewakili Puan Faradillah Abdul Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Khidmat Pengurusan), DBKK.

    Antara pengisian sepanjang kursus yang berlangsung selama dua (2) hari ini ialah sesi taklimat bertajuk “Pengenalan Penulisan Dokumen Rasmi Kerajaan” dan “Format Surat Rasmi, Memo Dan Emel Kerajaan” yang telah disampaikan oleh Puan Sanisa binti Arib, Penolong Perunding Latihan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Sabah serta “Gaya Bahasa Dalam Penulisan Dokumen Rasmi Kerajaan” oleh Puan Aidalina binta Mahlili, Perunding Latihan INTAN Sabah.

    Objektif utama kursus ini adalah untuk menggunakan format surat rasmi, memorandum dan emel yang betul berdasarkan Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah MAMPU Bil. 5 Tahun 2014: Panduan Penulisan Surat Rasmi, Memo dan Emel serta Pekeliling lain yang berkaitan, selain mengaplikasikan kaedah penulisan dokumen khususnya surat rasmi, memorandum dan emel berdasarkan tatabahasa Bahasa Melayu yang standard.

    Semoga perkongsian yang diperolehi menerusi kursus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan!

    Sumber Info dan Foto: Akademi Pusat Pembelajaran Bandaraya, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK