Skip to main content

Berita: ASPEK KEBERSIHAN SEKITAR BANDARAYA KOTA KINABALU TERUS MENJADI KEUTAMAAN

  • -

    15 OGOS 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan terus mengutamakan aspek kebersihan dan keteraturan di sekitar bandar raya, khususnya di semua kawasan-kawasan perkadaran perkhidmatan di bawah seliaan DBKK demi kesejahteraan bersama.

    Seiring dengan cogan kata “Sayangi Taman, Amalkan Kebersihan”, usaha ini turut melibatkan kawasan rekreasi dan taman-taman awam seperti Taman Awam Teluk Likas, Taman Awam Tanjung Aru, Lintasan Deasoka, City Park, Taman Chong Thien Vun dan Cycleway Fasa 3.

    Jabatan Landskap, DBKK melalui Bahagian Taman Awam akan memulakan kerja-kerja pembersihan sampah sarap di taman-taman awam sekitar Bandaraya Kota Kinabalu seawal jam 4.30 pagi, bagi memastikan tahap keteraturan sentiasa terjaga sekali gus memberi keselesaan kepada pengunjung.

    Orang awam diseru untuk sama-sama memainkan tanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran serta menggunakan kemudahan awam yang disediakan secara berhemah. Bersama kita menjaga kebersihan persekitaran Bandaraya Kota Kinabalu.

    "Sayangi Taman, Amalkan Kebersihan"

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Landskap, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK