Berita: PROGRAM ZIARAH KASIH RAMADAN MKK-DBKK SANTUNI KOMPLEKS ANAK YATIM ASNAF AS-SAKINAH SABINDO
06 MAC 2026: Majlis Kanak-Kanak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (MKK-DBKK) telah menyantuni warga Kompleks Anak Yatim Asnaf As-Sakinah Sabindo menerusi Program Ziarah Kasih Ramadan MKK-DBKK yang diadakan pada 28 Februari 2026.
Program ini bertujuan untuk menyemai nilai keprihatinan dan kasih sayang terhadap golongan yang memerlukan, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara penganjur dan para penghuni Kompleks Anak Yatim Asnaf As-Sakinah Sabindo.
Rombongan yang diketuai oleh Puan Hajah Fauziahton Ag. Samad, Pengarah Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Hal Ehwal Antarabangsa (JPIHEA), DBKK ini turut disertai oleh Dr. Elaine Kong, wakil daripada UNICEF dan 20 ahli MKK-DBKK serta urus setia Bahagian Galeri, JPIHEA, DBKK.
Hadir sama adalah Hj. Hussin @ Hussien bin Mijin, Timbalan Pengerusi Kompleks Anak Yatim Asnaf As-Sakinah Sabindo.
Dalam memupuk semangat kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial, rombongan turut menyampaikan sumbangan sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang serta memberikan sokongan moral dan motivasi kepada anak-anak yatim di kompleks ini.
Semoga program ini mengeratkan ukhuwah dan membawa kegembiraan kepada golongan yang memerlukan, khususnya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.
Sumber Info dan Foto: Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Hal Ehwal Antarabangsa, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Media dan Komunikasi
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



