Skip to main content

Berita: KEBERSIHAN BANDAR RAYA, TANGGUNGJAWAB BERSAMA

  • -

    13 MAC 2026: Bagi memastikan kelestarian dan kebersihan persekitaran sentiasa terpelihara, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Landskap akan terus melaksanakan kerja-kerja kekemasan landskap dan pembersihan di sekitar bandar raya.

    Pada masa yang sama, warga bandar raya diseru untuk bersama-sama memainkan peranan dengan mengamalkan sikap membuang sampah di tempat yang betul serta mengurus sisa dengan baik bagi menjaga kebersihan persekitaran.

    Tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang membuang potongan kayu, sisa kebun dan sampah makanan secara merata bukan sahaja mengotorkan kawasan taman awam dan taman permainan, malah turut mengakibatkan parit tersumbat yang akhirnya mengundang kehadiran binatang perosak.

    Sehubungan itu, orang ramai diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan kebersihan yang telah ditetapkan. Marilah kita bersama-sama menjaga bandar raya ini dengan mengamalkan budaya kebersihan demi memastikan Kota Kinabalu kekal bersih, selesa dan selamat untuk semua.

    Sayangi bandar, jaga kebersihan.

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Landskap, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK