Acara: PROGRAM KK KOMUNITI SEJAHTERA ‘LEAVE NO ONE BEHIND: TOWARDS SUSTAINABLE MARKET’ PADA 14 JUN
Jom sertai dan meriahkan Program KK Komuniti Sejahtera ‘Leave No One Behind: Towards Sustainable Market’ anjuran Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), bertempat di Blok B, Tingkat 1, KK Sentral, pada 14 Jun 2025.
Penganjuran program pada kali ini membawakan tema ‘Alam Sekitar’ dan menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk penyertaan seisi keluarga, bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.
Antaranya ialah pertandingan Melukis & Mewarna, yang terbahagi kepada dua kategori utama iaitu Sekolah Rendah (berumur 7-12 tahun ke bawah) dan Sekolah Menengah (berumur 13-17 tahun ke bawah); Eko-Kraft: Pertandingan Gubahan Bunga (berumur 18 tahun ke atas) dan Mini Treasure Hunt.
Program KK Komuniti Sejahtera ‘Leave No One Behind: Towards Sustainable Market’ merupakan hasil kerjasama bersama Kraftangan Malaysia, Sabah Tourism Board (STB), Balai Seni Lukis, DBKK Holdings Sdn. Bhd., MATTA dan Sabah Tourist Guide Association (STGA).
Penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup penduduk bandar menerusi pelbagai program pelancongan dan aktiviti komuniti.
Pada masa yang sama, program ini juga bertujuan untuk mempromosikan Pusat Kraftangan: KK Sentral Market yang menawarkan pelbagai jenis kraftangan tempatan yang menampilkan keunikan budaya dan kaum yang terdapat di Negeri Sabah.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, urus setia program boleh dihubungi di talian 013-9966834 (Puan Shirley) atau 017-8359985 (Puan Shasha).
Bah, warga Bandaraya Kota Kinabalu, sama-sama kita meriahkan Program KK Komuniti Sejahtera ‘Leave No One Behind: Towards Sustainable Market’ yang akan berlangsung pada 14 Jun 2025.
Sumber Info dan Foto: Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestari
Bahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



