Skip to main content

PESTA SELERA KOTA KINABALU 2026

Jom meriahkan Pesta Selera Kota Kinabalu 2026 yang akan diadakan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-26 Bandaraya Kota Kinabalu, di pekarangan Bangunan DBKK, pada 06 dan 07 Februari ini.

Penganjuran pada kali ini bakal menyaksikan kepelbagaian gerai jualan yang terdiri daripada menu dan cita rasa menarik, terbahagi kepada enam (6) zon utama, antaranya ialah:

Image removed. Zon Makanan Sabah

Image removed. Zon Food Truck

Image removed. Zon Western Food & Panggang

Image removed. Zon Makanan Viral & Buah-buahan

Image removed. Zon Ruang Orang Muda & Rumah Hantu

Image removed. Zon Artisan

Sertai kemeriahan acara dengan mengimbas Kod QR yang dipaparkan semasa gimik pelancaran dan rebut peluang untuk memenangi 20 hadiah menarik.

Sambil menikmati pelbagai juadah, orang ramai akan dihiburkan dengan persembahan busker tempatan serta aktiviti komuniti di pentas utama yang bakal menyemarakkan lagi suasana sepanjang pesta berlangsung.

Jangan lepaskan peluang ini untuk santai di hujung minggu bersama keluarga dan rakan-rakan anda.

Jumpa anda di Pesta Selera Kota Kinabalu 2026!


Sumber Info dan Foto: Jabatan Pelesenan, DBKK

#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestari

Dikeluarkan oleh:

Bahagian Media dan Komunikasi
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK