Skip to main content

Berita: SESI PERKONGSIAN BERSAMA HUAWEI BERKAITAN KECERDASAN BUATAN (ARTIFICIAL INTELLIGENCE)

  • -

    07 APRIL 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menganjurkan satu Sesi Perkongsian bersama Huawei berkaitan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI) bertempat di Dewan Mesyuarat, Bangunan DBKK, pada 17 Mac 2026.

    Sesi perkongsian ini dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu. Hadir sama ialah YBhg. Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah DBKK; Timbalan-timbalan Ketua Pengarah DBKK; Ketua-ketua Jabatan DBKK; serta wakil daripada Huawei Technologies Malaysia Sdn. Bhd., iaitu Encik Joe Zhou Yi Hao, Vice President (Government), Mr. Nicholas Yong, Senior Industry Solutions Expert dan Ms. Ding Ze Xian, Account Manager.

    Antara pengisian utama sesi ini adalah pembentangan bertajuk “Sovereign Cloud & AI Enabling Cognitive City” yang disampaikan oleh Mr. Nicholas Yong. Taklimat tersebut memberi pendedahan mengenai perkembangan terkini teknologi kecerdasan buatan serta potensi penggunaannya dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan organisasi.

    Penganjuran sesi perkongsian ini merupakan salah satu inisiatif DBKK dalam memperkasa transformasi penyampaian perkhidmatan ke arah pembangunan bandar raya yang lebih cekap, pintar dan mampan.

    Sumber Info: Jabatan Teknologi Maklumat dan Pendigitalan, DBKK

    Foto: Renaldo Fernandez

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK