Berita: PROGRAM RIADAH BERSAMA RAKYAT: RIADAH PERPADUAN BERSAMA TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH
12 APRIL 2026: Program Bersama Rakyat: Riadah Perpaduan Bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah berlangsung dengan meriah di Taman Tasik, Kompleks Sukan Kota Kinabalu, pada 11 April 2026.
Program ini telah diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah.
Turut hadir memberi sokongan adalah YBhg. Dato' Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu dan diiringi oleh YBhg. Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah DBKK.
Pelbagai pengisian menarik diadakan bersempena dengan program ini yang turut melibatkan penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk pameran Lembaga Sukan Sabah dan Majlis Sukan Negeri Sabah.
Foto: Renaldo Fernandez
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDisediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam,
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



