Skip to main content

Berita: LAWATAN RASMI DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU (DBKK) KE DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

  • -

    28 APRIL 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Pelesenan telah mengadakan lawatan rasmi ke Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 24 April 2026.

    Sepanjang lawatan ini, rombongan DBKK telah melawat ke Pasar Besar Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) dan Menara 1, di mana mereka telah disambut oleh Puan Ariza binti Ibrahim, Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan, DBKL.

    Rombongan juga berpeluang untuk mendengar taklimat daripada Encik Izwan Razif bin Salehaped, Timbalan Pengarah Kanan 2 dan Encik Yusman bin Haiti, Ketua Penolong Pengarah 1 berkenaan peranan dan fungsi Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan, DBKL.

    Semoga kerjasama dan hubungan baik yang terjalin ini menjadi platform untuk memperkukuh lagi pengetahuan serta kemahiran DBKK dalam mentadbir urus Bandaraya Kota Kinabalu.

    Terima kasih Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

    Sumber Info: Jabatan Pelesenan, DBKK
    Foto: Jabatan Pelesenan, DBKK dan Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan, DBKL

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK