Skip to main content

Berita: KEMPEN KESEDARAN KEBERSIHAN TAMAN AWAM TELUK LIKAS

  • -

    29 APRIL 2026: Pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan sektor swasta telah berganding bahu dalam menjayakan sebanyak 13 inisiatif program sukarela gotong-royong membersihkan pantai dan taman di Taman Awam Teluk Likas, bagi tempoh Januari hingga April 2026.

    Inisiatif kelestarian alam sekitar ini mencerminkan tanggungjawab sosial bersama dalam memastikan kebersihan taman dan pantai awam sentiasa terpelihara.

    Terima kasih warga Kota Kinabalu yang telah bersama-sama memainkan peranan dalam menjaga kebersihan taman dan pantai Teluk Likas.

    DBKK sentiasa mengalu-alukan penyertaan warga Kota Kinabalu yang ingin menyumbangkan tenaga dalam usaha membudayakan amalan cintakan kebersihan!

    “Small Actions, Big Impact”

    “Sayangi Taman, Amalkan Kebersihan”

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Landskap dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK