Berita: MAYOR BANDARAYA KOTA KINABALU LAKSANA PEMERIKSAAN KEBERSIHAN, KETERATURAN DI SEKITAR FOH SANG
08 MEI 2026: Yang Berbahagia Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu telah melaksanakan pemeriksaan di sekitar kawasan Foh Sang serta tapak penjaja bagi meninjau tahap kebersihan dan keteraturan kawasan berkenaan, pada 07 Mei 2026.
Turut hadir ialah wakil daripada DBKK Holdings Sdn. Bhd. (DBKKH) serta pihak pengurusan bangunan tempat letak kereta Foh Sang.
Sepanjang pemeriksaan ini, beberapa penemuan dan aduan telah dibangkitkan untuk tindakan segera oleh pihak DBKKH, agar isu-isu berkaitan dapat ditangani dengan sewajarnya demi memastikan keselesaan dan kesejahteraan masyarakat setempat terus terpelihara.
Dalam masa yang sama, YBhg. Dato’ Sri Mayor turut menyantuni orang awam serta mengunjungi beberapa premis perniagaan di sekitar Foh Sang, di mana beliau berpeluang untuk mendengar pandangan daripada para peniaga serta pengunjung di kawasan tersebut.
Foto : Mohd. Asruddey Rusli
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKKSee less



