Berita: KUNJUNGAN HORMAT AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA SAMBUTAN HARI PAHLAWAN PERINGKAT NEGERI SABAH KEPADA TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH
29 JULAI 2026: Ahli Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah telah mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah, di Istana Seri Kinabalu, pada 28 Julai 2026.
Rombongan tersebut diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu bagi memohon perkenan Tuan Yang Terutama Tun Yang di-Pertua Negeri Sabah untuk menghadiri Majlis Kesyukuran dan Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah 2026 yang akan diadakan di Masjid Negeri Sabah pada 31 Julai 2026.
Turut serta dalam kunjungan ini ialah YBhg. SAC Datuk Mohd. Azhar bin Hamin, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah mewakili Pesuruhjaya Polis Sabah; YBhg. Brig Jen Abdul Razak bin Harun, Panglima 5 Briged mewakili Panglima 5 Divisyen Kem Lok Kawi; YBrs. Encik Abdul Manap bin Abdul Rubim, Timbalan Pengarah Pengurusan mewakili Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah; YBrs. Puan Faradillah binti Haji Abdul Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), DBKK; YBrs. Tuan Karim bin Haji Rahim, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Luar Bandar dan Penguatkuasaan), DBKK; Tuan Sairullizam bin Sukor Pengarah Jabatan Perundangan merangkap Chief of Staff Pejabat Mayor dan Puan Rosie Inus Molukun, Pengarah Jabatan Korporat dan Antarabangsa, DBKK.
Majlis Kesyukuran dan Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah 2026 dijangka menghimpunkan kira-kira 1,500 peserta yang terdiri daripada anggota pelbagai agensi kerajaan, veteran serta orang awam daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira agama. Majlis akan dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah, diikuti bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Selamat, serta penyampaian tazkirah khas.
Sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan para pahlawan, majlis turut akan menyaksikan penyampaian sumbangan kepada wakil veteran yang dikenal pasti oleh PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Sumber Info: Jabatan Korporat dan Antarabangsa, DBKK
Foto: Mohd. Asruddey Rusli#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDisediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



