Berita: PROGRAM PELANCONGAN LESTARI ‘CITRA KASIH’: COMMUNITY TO COMMUNITIY (C2C) PROGRAM & ‘ZERO WASTE ISLAND’: ‘WASTE TO WEALTH’ (W2W) PROGRAM “TEROKAI PULAU SEPANGGAR - DESTINASI PELANCONGAN LESTARI” SIRI 5
28 OKTOBER 2026: Program Pelancongan Lestari ‘CITRA KASIH’ : Community to Community (C2C) Program & ‘Zero Waste Island’ : ‘Waste to Wealth’ (W2W) Program “Terokai Pulau Sepanggar - Destinasi Pelancongan Lestari” telah berlangsung di Pulau Sepanggar pada 18 Oktober 2026.
Seramai 130 orang peserta daripada komuniti Pulau Sepanggar telah menyertai program anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat ini.
Seawal jam 9 pagi, program dimulakan dengan taklimat dan bengkel Citra Kasih: Gubahan Bunga yang dikendalikan oleh SwePP Academy. Menerusi sesi ini, para peserta berpeluang untuk mempelajari cara membuat gubahan bunga dengan menggunakan bahan-bahan terpakai.
Sesi kemudian diteruskan dengan taklimat dan bengkel “Search and Rescue” yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Penganjuran program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar, sekali gus menyokong usaha menjadikan Pulau Sepanggar sebagai destinasi pelancongan lestari.
Sumber Info dan Foto: Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



