Berita: SEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTIK DENGAN KIBARAN JALUR GEMILANG DAN ALUNAN LAGU-LAGU PATRIOTIK DI PREMIS PERNIAGAAN SEKITAR BANDARAYA KOTA KINABALU
23 OGOS 2025: Kibaran megah Jalur Gemilang dan Bendera Sabah yang memenuhi seluruh pelusuk Bandaraya Kota Kinabalu menjadi lambang semangat patriotisme dan cinta akan negara menjelang tanggal 31 Ogos 2025.
Usaha ini diteruskan dalam Sesi Walkabout Kibar Bendera yang disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu yang hadir bersama isteri, YBhg. Datin Sri Hajah Adreen Aderizza binti Mohamad Soffi, selaku Pengerusi PUSPANITA Cawangan Daerah Kota Kinabalu, pada 22 Ogos 2025.
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam menyemarakkan lagi suasana Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2025 yang bakal tiba.
Hadir sama ialah YBhg. Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah, DBKK; Encik Victor Gerard Kuasi, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pengurusan Kewangan), DBKK; Encik Jimon Jahim, Pengarah Eksekutif DBKK Holdings Sdn. Bhd. serta Ketua-ketua Jabatan, DBKK.
Menerusi sesi walkabout ini, lebih 80 pemilik premis perniagaan di sepanjang Jalan Gaya dan Jalan Pantai telah menerima Jalur Gemilang dan Bendera Sabah.
Sambil beramah mesra, Dato' Sri Mayor turut menyeru kepada pemilik premis untuk menyuntik semangat patriotik dalam kalangan penduduk Bandaraya Kota Kinabalu dengan putaran lagu-lagu patriotik di premis masing-masing.
Jom sama-sama meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2025 yang akan diadakan di Jalan Tun Fuad Stephens, pada 31 Ogos 2025.
Terus semarakkan kemeriahan suasana patriotik di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu menerusi kibaran Jalur Gemilang dan Bendera Sabah serta putaran lagu-lagu patriotik!
Liputan: Eleanor Michelle Patrick
Foto: Renaldo Fernandez & Mohd. Asruddey Rusli#HKHM2025
#MalaysiaMADANI
#RakyatDisantuni
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariBahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



