Skip to main content

Berita: LAWATAN TAPAK MENTERI BERTANGGUNGJAWAB KEPADA DBKK KE PROJEK MENAIK TARAF PERMUKAAN JALAN RAYA DI JALAN GAYA, BLOK D

  • -

    27 JANUARI 2026: Yang Berhormat Datuk Joniston Bangkuai, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri merangkap Menteri Bertanggungjawab Kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengadakan lawatan tapak ke Projek Menaik Taraf Permukaan Jalan Raya di Jalan Gaya, Blok D, pada 26 Januari 2026.

    Lawatan ini bertujuan untuk meninjau pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf jalan raya di kawasan berkenaan, serta memastikan infrastruktur sedia ada berada dalam keadaan selamat dan kondusif untuk kegunaan orang ramai.

    Turut hadir dalam lawatan ini ialah Yang Berbahagia Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah; Encik Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) serta ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai, DBKK.

    Menerusi lawatan ini, YB Datuk berkata, kerja-kerja pemangkasan pokok dan tumbuhan liar yang menjalar ke bangunan serta pembersihan permukaan jalan perlu dilaksanakan dalam masa terdekat bagi memastikan ia kelihatan kemas dan bersih, seiring imej Jalan Gaya yang menjadi antara lokasi tumpuan ramai.

    Jalan Gaya, Blok D dijangka akan dibuka semula bagi penganjuran Api-Api Night Food Market dan Tamu Minggu Gaya Street pada 30 Januari 2026, sekali gus membolehkan sekitar 18 penjaja untuk Api-Api Night Market dan 61 penjaja untuk Tamu Minggu Jalan Gaya meneruskan operasi perniagaan mereka seperti biasa. Orang ramai dan penjaja dinasihatkan untuk mematuhi garis panduan kebersihan yang ditetapkan demi keselesaan bersama.

    Liputan: Eleanor Michelle Patrick
    Foto: Renaldo Fernandez

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK