Dokumen yang diperlukan
- Surat permohonan yang menunjukkan ‘letter head’ asal dan no.Rujukan serta cadangan pembinaan.
- Satu salinan surat hakmilik tanah atau geran tanah yang disahkan benar oleh pesuruhjaya sumpah atau Jaksa Pendamai
- Satu salinan mana-mana dokumen yang sah seperti surat kuasa/perjanjian jual beli/perjanjian sewa sekiranya pemilik berlainan dari nama yang disenaraikan dalam surat hakmilik tanah/geran tanah.
- 6 set pelan bangunan yang disusun dan dilipat dengan teratur dalam ukuran A4 yang disediakan oleh perunding bertauliah (i.e arkitek/jurutera dan pelukis pelan yang berdaftar mengikut had masing-masing).
Keperluan am maklumat dalam pelan
- Tajuk pelan hendaklah mengandungi perkara berikut:
- Jenis bangunan
- Jumlah unit
- Jumlah tingkat
- No.lot/geran tanah
- Nama jalan
- Nama seksyen
- Nama pemilik dan syarikat
- Menunjukkan dengan jelas alamat pemilik bangunan
- Pelan bangunan hendaklah lengkap mengandungi maklumat seperti berikut:
- Pelan lokasi dan pelan tapak yang jelas dengan skel tidak kurang dari 1:1000 atau lebih besar yang sesuai. Nama jalan yang menuju ke cadangan tapak hendaklah ditujukkan dalam pelan lokasi
- Pelan lantai, pandangan tegak (hadapan, belakang dan sisi), keratan dan pelan bumbung dengan skel 1:100 atau 1:200 (mengikut saiz bangunan)
- Pelan susunatur perparitan dan pembentungan yang ditunjukkan dengan jelas dalam pelan tapak
- Pelan susunatur jalan, jalan masuk dan tempat letak kereta serta aliran trafik yang ditunjukkan dalam pelan tapak atau secara berasingan
- Menunjukkan perkiraan berikut : nisbah plot, kiraan tempat letak kereta (motokar, motosikal dan lori mana berkenaan), kiraan muatan kapasiti tempat pembuangan sampah.
- Menunjukkan dengan jelas anjakan bangunan dari sempadan tanah yang mematuhi keperluan Dewan Bandaraya.
- Menunjukkan dengan jelas perkiraan keluasan lantai bangunan mengikut kegunaan seperti kediaman, pejabat, kemersial dan lain-lain untuk tujuan perkiraan yuran pemprosesan pelan.
- Semua pelan hendaklah ditandatangani oleh perunding, pemilik bangunan dan pemilik
tanah dan tandatangan hendaklah yang asal. - Semua lukisan hendaklah diwarnakan dengan lengkap
- Borang B1 hendaklah dilengkapkan dan dicop pada muka pertama set pelan bangunan yang dikemukakan.
Carta alir kerja memproses permohonan kelulusan pelan bangunan
| 1 | Perunding menyediakan pelan dan kemukakan kepada DBKK |
|---|---|
| 2 | Pelan akan disemak samada mematuhi keperluan asas pengemukaan pelan |
| 3A | Jika tidak lengkap, sediakan surat penolakan dan hantar pada perunding |
| 3B | Jika OK, buka fail, buat perkiraan bayaran memproses pelan dan hantar notis pembayaran kepada perunding. |
| 4 | Pelan diedarkan kepada jabatan berkenaan i.e Jabatan Bomba dan Jabatan Kesihatan serta jabatan lain jika perlu. |
| 5 | Jabatan Bomba, Jabatan Kesihatan dan jabatan lain memberi komen keatas pelan. |
| 6 | Pelan akan diperiksa dan disemak. Sekiranya permohonan meragukan atau tidak ‘straight forward’ akan dikemukakan dalam Jawatankuasa Pelan Bangunan. |
| 7A | Jika tidak mematuhi syarat, surat pembetulan disediakan dan dihantar kepada perunding. |
| 7B | Jika mematuhi syarat, Surat Kelulusan disediakan untuk ditandatangani. |
| 8 | Perunding akan dipanggil untuk mengambil pelan yang diendos. |
| 9 | Fail disimpan |



