
Kami seluruh warga Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan;
ADUAN AWAM
- Memproses dan menyampaikan Aduan Awam kepada Jabatan yang berkenaan dan memberikan makluman balas serta-merta atau tidak melebihi lima (5)hari.
- Segala aduan dan permohonan akan disiasat, dilapor dan akan diberi maklumbalas serta-merta atau tidak melebihi lima (5) hari.
- Menyelesaikan Aduan Awam dalam tempoh yang munasabah.
![]()
PERKHIDMATAN KAUNTER / CUKAI TAKSIRAN / PEMBAYARAN
- Memberi layanan yang mesra dan bersopan kepada pelanggan di Kaunter Pembayaran dengan purata maksimum empat (4) minit bagi setiap transaksi bagi seorang pelanggan membayar bil.
- Menyampaikan Bil Cukai Kadaran kepada semua pemilik harta mengikut jadual, iaitu tidak lewat dari minggu ketiga bulan Januari, April, Julai dan Oktober untuk dijelaskan.
- Bayaran tuntutan DBKK kepada Kontraktor akan diproses dan cek disiapkan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh sesuatu Inbois atau Bil diluluskan untuk dibayar tertakluk kepada peraturan kewangan dipatuhi.
![]()
PERMOHONAN LESEN / PERMOHONAN AWAM
- Memastikan setiap permohonan yang diterima adalah LENGKAP.
Permohonan yang telah MEMATUHI SYARAT-SYARAT LESEN akan diproses dalam tempoh yang ditetapkan mengikut kategori seperti berikut:
No. Jenis Lesen Tempoh
Baharu
Pembaharuan
1. Lesen Berniaga yang memerlukan pemeriksaan premis 5 hari
serta merta
2. Lesen Berniaga yang tidak memerlukan pemeriksaan premis 1 jam
serta merta
3. Lesen DBKK 5 hari
serta merta
4. Penukaran Butiran Lesen Berniaga (Borang C) yang melibatkan pemeriksaan premis 5 hari
-
5. Penukaran Butiran Lesen Berniaga (Borang C) yang tidak melibatkan pemeriksaan premis 1 jam
-
6. Lesen Iklan 3 hari
serta merta
7. Lesen Penjaja 30 hari
serta merta
8. Lesen Minuman Keras yang telah memenuhi syarat lesen;
- Permohonan telah diputuskan di dalam Mesyuarat Lembaga Pelesenan dan Eksais Bahagian Pantai Barat
- Mendapat ulasan bertulis pihak Polis dan Kastam
- Membuat pembayaran lesen ke atas permohonan yang telah diluluskan
Memastikan mesyuarat di bawah tanggungjawab Jabatan Pelesenan dijalankan mengikut tempoh yang ditetapkan seperti berikut;
No. Jawatankuasa Kekerapan 1. Jawatankuasa Permohonan Iklan 1 bulan sekali (Bergantung kepada penerimaan permohonan) - Mengambil tindakan ke atas aduan dan memberi maklumbalas dalam tempoh 3 hari bekerja.
- Menyediakan perkhidmatan kaunter yang CEPAT, MUDAH dan MESRA
14 hari
14 hari
![]()
KEBERSIHAN / KESIHATAN
- Membuat penggredan Kedai Kopi, Kedai Makan, Restoran dan Hotel dalam masa setahun sekali.
- Menyiasat dan mengambil tindakan ke atas setiap kes penyakit bawaan Vektor dalam masa dua (2) hari dari tempoh penerimaan laporan.
- Memastikan pembersihan sampah mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti berikut;
- Kawasan Perumahan : Tiga (3) kali seminggu
- Lagun : Setiap Hari
- Kawasan Komersial : Setiap Hari
![]()
LANDSKAP
- Memastikan aduan-aduan awam diambil tindakan dalam masa tiga (3) hari dari tarikh aduan diterima.
- Memastikan permohonan pelan landskap akan diproses dan diberikan jawapan dalam tempoh tidak melebih 2 minggu dari tarikh permohonan.
- Memastikan permohonan penggunaan kawasan lapang dan taman-taman awam diproses dan diberikan jawapan dalam tempoh (7) hari.
- Memastikan kerja-kerja pembersihan pokok tumbang dilaksanakan dengan segera dalam tempoh 24 jam.
- Memastikan penyelenggaraan landskap dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.
- Memastikan pemotongan rumput dilaksanakan sekali dalam sebulan.
- Memastikan penyelenggaraan parit dilaksanakan sekurang-kurangya sekali dalam setiap tiga (3) bulan.
- Memastikan penyelenggaraan taman-taman awam dilaksanakan dalam setiap hari.
![]()
PELAN PEMBANGUNAN / PELAN BANGUNAN / SIJIL MENDUDUKI
- Memastikan semua pelan yang diterima, lengkap dan memenuhi syarat akan diproses dan diberi keputusan seperti jadual berikut;
- Pelan Pembangunan : Tiga (3) bulan
- Pelan Bangunan : Dua (2) bulan
- Sijil Menduduki Bangunan : Satu (1) bulan
![]()
TENDER & SEBUTHARGA
- Memproses penjualan Dokumen Tender dan Sebutharga selama 15 hingga 30 minit.
- Mengeluarkan iklan Notis Tender dan Sebutharga selepas menerima dokumen-dokumen yang teratur dan lengkap berdasarkan tempoh perlawaan tawaran seperti berikut;
- Tender ditetapkan tidak kurang dari dua puluh satu (21) hari.
- Sebutharga di antara tujuh (7) hingga sepuluh (10) hari.
- Kerja-kerja yang disenaraikan dalam kerja-kerja kecemasan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam
- Mempamerkan keputusan Lembaga Tawaran dan Jawatankuasa Sebutharga di Papan Kenyataan satu (1) minggu selepas surat-surat tawaran dikeluarkan.
![]()
PENILAIAN HARTA
- Menyediakan permohonan Pecahan Nilai Tahunan dalam masa satu (1) minggu dari tarikh permohonan sekiranya memenuhi syarat.
- Tempoh penilaian ke atas hartanah yang baru (yang mempunyai maklumat lengkap) menerima Sijil Menduduki (Occupation Certificate O.C), serta tanah kosong adalah seperti berikut:
- Tanah Kosong : 7 hari bekerja dari tarikh lawat periksa
- Hartanah Kediaman : 30 hari bekerja dari tarikh lawat periksa
- Hartanah Komersial : 30 hari bekerja dari tarikh lawat periksa
- Hartanah Perindustrian : 30 hari bekerja dari tarikh lawat periksa
- Membuat pengesahan setiap Memorandum yang memenuhi syarat seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 98, Ordinan Kepajaan Tempatan 1961(Pindaan 2000) dalam masa tidak lebih daripada lima belas (15) minit.
![]()
PENGURUSAN HARTA
- Memberi maklum balas semua urusan penyewaan rumah / harta DBKK dijawab dalam tempoh berikut;
- Perumahan ERHP : Dua (2) minggu dari tarikh permohonan
- Komersial : Satu (1) bulan
- Melaksanakan pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya sekali (1) kali setahun ke atas semua harta DBKK.
![]()
PERUNDANGAN
- Menyediakan deraf pertama perundangan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh arahan diterima, sekiranya maklumat yang diterima adalah lengkap.
- Memberikan maklum balas/ komen/ nasihat perundangan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh surat atau memo diterima.
- Menyediakan draf pertama perjanjian kontrak dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh arahan diterima, sekiranya terma-terma perjanjian telah dipersetujui dan maklumat yang diterima adalah lengkap.
- Memfailkan kes ke mahkamah dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh kertas siasatan/dokumen yang lengkap diterima.
- Memfailkan kes ke Mahkamah dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh kelulusan dan arahan Mayor diterima.
![]()
PERANCANGAN BANDARAYA
- Memastikan Skim Perancangan (Pelan Daerah dan Pelan Tempatan) dikaji semula dalam tempoh lima (5) tahun sekali.
- Memastikan semua permohonan kebenaran merancang diproses dan diambil tindakan dalam tempoh 90 hari bekerja.
- Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Bandaraya.
- Memastikan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan disampaikan dengan penuh mesra dan efisien dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
- Permohonan pembelian pelan zon guna tanah dalam tempoh satu (1) hari bekerja.


