Pembersihan Parit Di Kawasan Pasar Besar Kota Kinabalu
Kelihatan pekerja-pekerja Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sedang bertungkus lumus menjalankan kerja-kerja pembersihan parit di kawasan Pasar Besar Kota Kinabalu. Kerja-kerja pembersihan parit ini dilaksanakan dari semasa ke semasa, bagi memastikan keadaan parit sentiasa berada dalam keadaan bersih, tidak berbau, tidak tersumbat dan tidak dipenuhi dengan sampah sarap.
Kekotoran parit di kawasan Kota Kinabalu mampu diminimakan sekiranya sampah tidak dibuang ke dalam parit. Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk mengambil tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan sekitar bandar raya dan membuang sampah di tempat yang betul.
Tindakan tegas dan kompaun akan dikenakan ke atas individu-individu yang didapati membuang sampah di merata-rata tempat atau mereka yang ingkar peraturan yang telah ditetapkan.
Baca selanjutnya...
TYT, Toh Puan Serikan Sambutan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri DBKK
Kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah bersama isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr.) Hajah Norlidah binti Tan Sri Datuk R.M. Jasni menambah lagi seri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) 1445H/2024M, yang berlangsung kelmarin, 4 Mei 2024.
Majlis yang diadakan di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Datuk Seri Panglima Haji Kadzim Haji M. Yahya, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah mewakili YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah dan YBhg. Datin Seri Panglima Hajah Norani binti Haji Salleh, barisan Kabinet Negeri serta warga kerja DBKK.
Baca selanjutnya...
Kebersihan Pasar Besar, Sinergi Bersama DBKK Dan Komuniti Penjaja
05 Mei 2024: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengadakan aktiviti pembersihan secara bergotong-royong bersama lebih 200 pengusaha dan penjaja gerai di Pasar Besar Kota Kinabalu, termasuk bangunan Pasar Ikan, pada Jumaat lalu, 03 Mei 2024.
Baca selanjutnya...