Operasi Pemantauan Iklan Tanpa Lesen: 58 Poster Along dan 7 'Banner' Dibuka Serta-Merta
25 APRIL 2024, Jabatan Pelesenan, DBKK telah melaksanakan operasi pemantauan dan pembukaan iklan-iklan yang dipasang tanpa kelulusan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, khususnya kawasan Zon Damai/Luyang, Damai Plaza, Taman Friendly Damai dan Taman Sheraton Damai. Kawasan-kawasan ini telah dikenal pasti sebagai lokasi 'hotspot' pemasangan iklan haram. Menerusi operasi tersebut, sejumlah 58 poster along dan 7 iklan sepanduk ('banner') telah dibuka dan dialihkan serta-merta.
DBKK menasihatkan kepada para pengusaha dan peniaga untuk tidak memasang atau mempamerkan iklan perniagaan tanpa kelulusan, ke arah mengekalkan kekemasan dan keteraturan Bandaraya Kota Kinabalu. DBKK akan terus menguatkuasakan pematuhan undang-undang seperti yang diperuntukkan di bawah Undang-undang Kecil (Iklan) Kota Kinabalu, 1983.
Baca selanjutnya...
Operasi Pembajaan Pokok Kelapa di Tanjung Lipat Teluk Likas
Operasi Pembajaan Pokok Kelapa di Tanjung Lipat Teluk Likas telah dilaksanakan kelmarin, 24 April 2024.
Operasi ini melibatkan penanaman 150 pokok kelapa di kawasan Sabah International Convention Centre (SICC) hingga Teluk Likas 1 dan penanaman 60 pokok kelapa di sekitar kawasan Teluk Likas 1 hingga Teluk Likas 2.
Tujuan pembajaan adalah untuk menyuburkan tanaman pokok kelapa, menguatkan struktur batang pokok, melebat dan menguatkan akar. Pembajaan ini juga bertujuan untuk memanjangkan jangka hayat pokok serta mengelakkan serangan perosak.
Baca selanjutnya...
Peristiwa Bermakna, Anzac Day Commemoration "Lest We Forget"
Anzac Day Commemoration "Lest We Forget" telah berlangsung dengan sempurna pada hari ini, 24 April 2024 di Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama, Jalan Tugu. Ianya merupakan satu tarikh bermakna bagi mengenang jasa dan pengorbanan pahlawan demi mempertahankan tanah air, khususnya untuk rakyat Sabah dan gabungan bekas parajurit Australia serta New Zealand (Australia, New Zealand Army Corps) atau singkatannya ANZAC yang gugur dalam Perang Dunia Kedua.
Baca selanjutnya...