Laman Web Rasmi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

sticker3

sticker5

sticker7

Laman Utama

PERTANDINGAN SUGANDOI PERINGKAT BANDARAYA KOTA KINABALU 2017 

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu memaklumkan bahawa pemilihan peserta Pertandingan Sugandoi sempena Pesta Kaamatan Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu 2017 akan diadakan pada Sabtu ini, 22 April 2017.

Pertandingan nyanyian ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dari suku kaum Kadazan Dusun dan Murut yang berumur 18 tahun dan ke atas. Peserta yang pernah menjuarai Sugandoi Peringkat Negeri atau Sugandoi Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu adalah tidak layak untuk menyertai pertandingan ini.

 Peringkat saringan pada 22 April 2017 (Sabtu) akan diadakan bermula jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam di tingkat bawah, Oceanus Waterfront Mall, di mana peserta ‘walk-in’juga adalah dibenarkan.

Seramai 15 orang  peserta akan dipilih untuk ke pusingan separuh akhir yang akan diadakan di tempat yang sama pada 29 April 2017 (Sabtu), jam 3.00 petang hingga 7.00 petang.  

Lima orang finalis akan dipilih ke pusingan akhir pada 19 Mei 2017 (Jumaat), jam 7.00 malam di Padang Merdeka, Kota Kinabalu. Johan dan naib johan akan mewakili DUN Api-Api dan Likas  ke peringkat negeri.

Pertandingan ini menawarkan hadiah menarik iaitu johan, naib johan dan tempat ketiga akan memenangi hadiah wang tunai bernilai RM2,500, RM2,000 dan RM1,500 masing-masing, berserta piala dan sijil penyertaan. Manakala tempat keempat dan kelima akan memperolehi hadiah wang tunai RM500 masing-masing dan sijil penyertaan.

Kepada mereka yang berminat, borang boleh diperolehi di Jabatan Hal Ehwal Korporat, tingkat 1, Bangunan DBKK atau di  Jabatan Penyelidikan & Inovasi, tingkat 7, Bangunan Center Points Sabah. Untuk mengetahui syarat-syarat pertandingan dan untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengarah Jabatan Penyelidikan & Inovasi merangkap Pengerusi Pertandingan Sugandoi Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu En. Benedick Oliver Lidadun (019-8951357), Emmanuel (019-8233906), Cik Donna (016-8419338) dan Cik Michellelaine (014-5514789).

BANDARAYA BERKEMBAR KOTA KINABALU