PENDAHULUAN
Jabatan Penilaian adalah jabatan yang bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja penilaian ke atas hartanah berkadar untuk tujuan pengenaan cukai kadaran dan pengemaskinian maklumat hartanah berkadar bagi keseluruhan Kawasan Operasi DBKK. Jabatan Penilaian mempunyai 30 anggota kakitangan, dan terbahagi kepada 6 bahagian iaitu:
- Bahagian Penilaian Hartanah Industri Dan Pengurusan Kualiti & Polisi;
- Bahagian Penilaian Hartanah Kerajaan, Hartanah Khas & Tanah Kosong;
- Bahagian Penilaian Perumahan Dan Pengurusan Pangkalan Data Spatial & Non Spatial;
- Bahagian Penilaian Hartanah Komersial & Leisure Dan Pengurusan Rayuan & Pengecualian Cukai;
- Bahagian Pengesahan Transaksi Hartanah & Perintah Kadar, Undang-undang Dan Belanjawan; dan
- Bahagian Operasi Kerja-kerja Penilaian Dan Pentadbiran
VISI
Menjadi Jabatan Penilaian utama di dalam kalangan Pihak Berkuasa Tempatan yang efisien, berorientasikan teknologi maklumat, telus dan professional di Malaysia Timur menjelang tahun 2025.
MISI
- Meningkatkan hasil menerusi cukai kadaran;
- Mengurus dan mengemaskini pangkalan data hartanah berkadar;
- Menyumbang dalam menambah baik pendekatan/ kaedah/ standard penilaian khususnya di peringkat Kerajaan Tempatan; dan
- Mencari pendekatan yang lebih meluas bagi memperolehi faedah daripada penggunaan tanah yang optimum.
FUNGSI JABATAN
Penilaian Hartanah Bagi Maksud Cukai Kadaran
- Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas yang diperuntukkan di bawah Bahagian X serta Seksyen 56, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 dan Fasal 156, Perlembagaan Persekutuan.
- Bertanggungjawab menyediakan Perintah Kadar Tahunan untuk Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
- Bertanggungjawab menambah baik kaedah, pendekatan serta standard bidang penilaian terutamanya di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.
- Bertanggungjawab mencari sumber hasil pendapatan alternatif yang wujud atas penggunaan tanah secara optimum.
- Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas yang diperuntukkan di bawah Seksyen 98 Ordinan Kerjaan Tempatan 1961
Pengurusan Operasi Penilaian
- Bertanggungjawab mengurus dan memantau Kualiti & Polisi kerja Jabatan Penilaian
- Bertanggungjawab mengurus Pangkalan Data Spatial & Non Spatial Jabatan Penilaian
- Bertanggungjawab mengurus sebarang rayuan & pengecualian cukai ke atas hartanah di Kawasan Operasi DBKK
- Bertanggungjawab menyimpan, menyelenggara dan mengemaskini semua maklumat hartanah berkadar yang dihasilkan serta digunakan oleh Jabatan Penilaian
- Bertanggungjawab memastikan aktiviti kerja di Jabatan Penilaian berjalan dengan lancar.
- Bertanggungjawab memastikan kakitangan, Jabatan Penilaian mendapat pendedahan serta latihan/kursus teknikal yang bersesuaian dan dalam masa yang sama memantau prestasi mereka
- Bertanggungjawab menghasilkan/mencetak borang/dokumen rasmi yang digunakan oleh Jabatan Penilaian
PIAGAM PELANGGAN
Tempoh penilaian ke atas hartanah yang baru (yang mempunyai maklumat lengkap) menerima Sijil Menduduki (Occupation – O.c) serta tanah kosong adalah seperti berikut:-
- Tanah Kosong : 7 hari bekerja dari tarikh lawat periksa
- Hartanah Kediaman : 30 hari bekerja dari tarikh lawat periksa
- Hartanah Komersial : 30 hari bekerja dari tarikh lawat periksa
- Hartanah Perindustrian : 30 hari bekerja dari tarikh lawat periksa
CARTA ORGANISASI JABATAN
KAWASAN PERKADARAN DBKK
Kawasan Perkadaran DBKK adalah meliputi keseluruhan kawasan daerah yang secara amnya dibahagikan kepada dua kawasan iaitu Kawasan Operasi (Kawasan yang dikenakan cukai) dan Kawasan Kawalan (kawasan yang belum dikenakan cukai).
Peta: Kawasan Perkadaran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
Kawasan | Keluasan |
Kawasan Daerah Kota Kinabalu |
366.03 Sq.Km |
Kawasan Operasi |
108.90 Sq.Km |
Kawasan Kawalan |
Kawasan Darat : 235.32 Sq.Km |
POLISI/ GARIS PANDUAN / KAEDAH YANG DIGUNAPAKAI OLEH JABATAN PENILAIAN
- Bahagian X, Bahagian XI, Bahagian XII dan Seksyen 56, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (Rating, Cesses, Recovery Of Rates & Other Amount Due)
- Fasal 156, Perlembagaan Persekutuan (Sumbangan bagi membantu kadar-kadar berkenaan dengan harta Persekutuan dan Negeri)
- Kota Kinabalu Municipal Council Instrument, 1978
- Enakmen Bandaraya Kota Kinabalu 1996