VISI
Menjadi sebuah bahagian yang kukuh dalam peranan memberi nasihat, memudahkan perubahan, menggalakkan pemahaman. menyumbang inisiatif penambahbaikan dan memberi jaminan.

MISI
Melaksanakan fungsi dan tanggungjawab audit secara pro aktif dan profesional.

OBJEKTIF
Objektif Audit Dalam adalah membantu pihak pengurusan DBKK dalam melaksanakan tanggungjawabnya dengan berkesan melalui pendekatan audit yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbisr urus.

FUNGSI
Fungsi utama Bahagian Audit Dalam ialah membuat pengauditan dan kajian terhadap sistem kawalan dalaman berkaitan dengan kewangan dan pengurusan; serta lain-lain operasi dan sistem sama ada secara manual atau elektronik, untuk menentukan bagi pihak pengurusan akan sebab-sebab kewujudan ketidakcekapan atau praktis ketidakekonomi supaya praktis berkenaan dapat diperbaiki. Audit Dalam juga akan membekalkan pihak pengurusan dengan analisa, penilaian, rekomendasi dan komen berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang telah dikaji supaya :-

  1. Harta Kerajaan di bawah kawalan DBKK telah dikendali dan disimpan dengan baik;
  2. Rancangan, polisi dan prosidur pengurusan telah dipatuhi dan dilaksana dengan berkesan dan efisien;
  3. Kawalan dalaman, sistem perakaunan dan pengurusan wujud dan berfungsi selaras dengan objektif organisasi;
  4. Rekomendasi unutk penambahbaikan kawalan telah dilaksanakan dan dipatuhi dan
  5. Data dan maklumat yang berguna, boleh dipercayai serta menepati masa (timely) ada untuk tujuan membuat keputusan (Decision Making).