JABATAN PENGUATKUASAAN

Bermula sebagai Bahagian Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Kinabalu ( MPKK ) pada 17 Disember 1983 dengan perlantikan “Chief Enforcement Officer” yang pertama iaitu

AS Nathan bekas pesara Polis Diraja Malaysia (1983-1985) dengan kekuatan anggota seramai 06 orang sahaja.
Diikuti oleh
Tuan Alfian Koroh (1985-1990),
Tuan Benniso Ben Galadou (1990-1991)
Tuan Orlando Harumal (1991-1993),
Tuan Hj Nasaruddin Chong pesara ASP Polis Diraja Malaysia (1993-1996),
Tuan Suhaimi Sainan (1996-1999)
Tuan Hj Awang Hussien Perintah pesara DSP Polis Diraja Malaysia (1999 - bulan Mei 2004)

Dan pada tahun 2001 Bahagian Penguatkuasa telah digabungkan dengan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang menjadi satu jabatan.

01 November 2003 Bahagian Penguatkuasa telah dinaiktaraf menjadi sebuah jabatan dan kini Jabatan Penguatkuasaan ditadbir oleh seorang Pengarah Penguatkuasa, dibantu oleh 02 orang pegawai kanan untuk setiap sektor dan 199 orang “Jentera Pengerak” bagi merealisasikan semua fungsi dan objektif untuk mencapai visi dan misi Jabatan.

Jabatan Penguatkuasaan ini terbahagi kepada 02 sektor mewakili 8 bahagian iaitu:

Sektor Pengurusan

  1. URUS I - Bahagian Pentadbiran
  2. URUS II - Bahagian Kompaun
  3. URUS III - Bahagian Siasatan & Pendakwaan
  4. URUS IV - Bahagian Keselamatan & Logistik

Sektor Operasi

  1. OPS I – Bahagian Operasi Dalam Bandar
  2. OPS II – Bahagian Setinggan dan Tugas Khas
  3. OPS III – Bahagian Trafik dan Ketenteraman
  4. OPS IV – Bahagian Operasi Luar Bandar


MATLAMAT

Meningkatkan mutu penguatkuasaan ke arah yang lebih profesional, dedikasi dan bertanggungjawab sejajar dengan misi dan visi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

OBJEKTIF

Menguatkuasakan Undang-Undang Kecil dan Undang-Undang Lain yang digunapakai serta peraturan-peraturan DBKK selaras dengan wawasan dan hasrat DBKK untuk menjadikan Bandaraya Kota Kinabalu sebagai tempat tinggat, tempat kerja, dan berinteraksi yang selesa dan baik untuk generasi semasa serta akan datang.

FUNGSI

Bertanggungjawab dalam penguatkuasaan Undang-Undang yang digunapakai serta mengawal keselamatan bangunan dan harta benda Bandaraya Kota Kinabalu

VISI

Menjadi sebuah Jabatan Penguatkuasaan yang berintegriti, berteknologi sejajar dengan visi dan misi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

MISI

Meningkatkan mutu penguatkuasaan undang-undang yang digunapakai oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu berlandaskan prinsip Tegas, Mesra, Berhemah demi kesejahteraan Warga Bandaraya Kota Kinabalu


KK City Wifi

aplkkcity